About Hello Kitty

by - 10:45

 ASSALAMUALAIKUM

Hye uollss bertemu kita dalam entry kali nie tentang Hello Kitty, 
  
Hmmm... mesti uolss sudah tahu kan dengan watak kartun kucing putih comel yang berkepala besar serta tidak bermulut nie.Hakikatnya penggemar-penggemar HK ini bukan hanya pada kanak-kanak tetapi termasuk golongan remaja serta dewasa dan zya adalah salah sorang peminatnya.hehehehe. Memandangkan zya nie peminat fanatik kepada pelbagai barangan dan karakter Hello Kitty, so entry kali nie zya perkenalkan serba sedikit tentang Hello Kitty. Zya dah search byk tentang sejarah HK nie so zya curik la sikit-sikit cerita. Jom kita teroka dunia kartun comel nie.




        Hello Kitty pertama kali diciptakan oleh syarikat Sanrio Co Ltd yang didirikan pada tahun 1960 yang berkonsep membuat sebuah hadiah yang mana dapat memberikan kegembiraan dan keriangan kepada kanak-kanak. Hello Kitty juga pertama kali diperkenalkan di Jepun pada tahun 1974. Hak cipta HK didaftarkan pada tahun 1976 dan sekarang mereka merupakan pengeluar dan pengusaha barangan HK di seluruh dunia. Pada tahun 1996, HK kembali menjadi popular secara mendadak di kalangan remaja sekolah kerana Tomomi telah mencipta lagu HK dan sekaligus telah mempopularkan watak kartun HK pada saat itu. Tomomi juga mengaku bahawa dia amat meminati watak kartun HK ini. 

     Pada pertama kali ia diperkenalkan, target utama pemasaran HK adalah kanak-kanak perempuan, tetapi pada masa sekarang penggemar HK terdiri daripada wanita. Dari tahun ke tahun HK telah berjaya menembusi pasaran lebih daripada 60 buah negara di seluruh dunia. Sehinggalah sampai ke saat ini populariti barangan serta watak kartun HK sangat popular dan berjaya menarik peminat terutamanya macam zya yang terlalu fanatik dan sanggup berhabisan duit untuk mendapatkan setiap barangan dan koleksi dari watak kartun Hello Kitty.hehehehe Ok rasanya setakat nie saja zya dapat ceritakan, kalau uollss nak lebih lanjut tentang cerita dan sejarah dia korang boleh la google sejarah hello kitty nanti memang banyak akan keluar tetapi kebanyakan zya google semua versi indonesia yang banyak.So uollss baca nanti pandai-pandai la translate sendiri yer. Kalau rajin kongsikan la apa yang korang baca dengan zya errkkk.. Ok sekiaN entry kali ini, jumpa lagi di next entry. Bye





Sekian.




You May Also Like

0 Comments