Raya Pertamaku Sebagai Isteri Orang

by - 01:18



Raya Pertamaku Sebagai Isteri Orang | Itulah topik yang bakal berkongsi dengan korang dan aku jarang sekali nak bercerita mengenai kisah peribadi aku dekat blog ni. Tapi disebabkan raya tahun 2021 ini aku bergelar isteri orang jadi aku nak berkongsi sedikit dengan pembaca aku.Bagi sesiapa yang follow di sosial media aku pasti korang sudah tahu aku sudah menamatkan zaman bujang pada bulan Mac 2021 baru ini. Alhamdulillah semua urusan masa itu dipermudahkan dan berjalan lancar walaupun keadaan negara pada masa ini dilanda dengan penyakit Covid-19. Tetapi semuanya dah selamat dan untuk majlis dan persiapan itu semua akan kongsi dengan korang pada lain entri ok.


Menu pada raya pertama kami sekeluarga

Tahun ini kita semua masih beraya dalam PKP dan tidak boleh pergi beraya ke rumah sanak-saudara serta rakan-rakan. Jadi tiada sangat gambar yang meriah-meriah pergi beraya boleh dikongsi tetapi gambar ootd berdekatan rumah sahaja yang dapat diambil sebagai kenang-kenangan memandangkan ini raya pertama kami sebagai suami isteri. Menu pada hari raya kami buat seperti raya tahun sebelum-sebelum ini juga cuma kami kurangkan kuantiti dia sahaja sebab hanya dimakan dengan sekeluarga sahaja. 

Raya tetap disambut untuk kita semua umat islam walaupun dalam musim PKP ini. Kita sambut raya setelah sebulan berpuasa. Walaupun raya disambut sederhana tetapi aku gembira sebab raya kali ini ada suami di sisi. Jadi ada la gambar raya betulkan butang baju suami (hahahahha) trend dari dulu bila orang ada pasangan halal. Alhamdulillah tidak disangka tahun 2021 ini semua hajat aku termakbul. 

Lepas sebulan kahwin masing-masing dah gemuk (hahaha)


Gambar bersama keluarga.

Sekian sahaja perkongsian raya 2021 yang sendu ini walaupun pkp raya tetap kena ada gambat bersama keluarga sebagai kenang-kenangan. Raya tahun ini adalah raya pertama juga kami semua tanpa tokwan. Al-fatihah untuk arwah tokwan dan tok. 


You May Also Like

0 Comments