RAIKAN BULAN PUASA DENGAN SANTAPAN WARISAN MELAYU & TABAQ AL MAGHRIBI DI THE LIGHT HOTEL PENANG.

by - 06:58



Alhamdulillah bertemu lagi kita pada bulan ramadan yang mulia lagi barakah ini. Dengan izi Allah tahun ini kita semua dapat meraikan majlis berbuka puasa di restoran serta hotel-hotel dengan selamat berbanding tahun lepas apabila kita semua perlu kuarantin di rumah dan tidak boleh keluar untuk berbuka di hotel seperti selalu. Jadi dengan peluang yang ada jangan kita lepaskan untuk meraikan bulan ramadan dengan membawa keluarga, sahabat dan staff-staff untuk berbuka di The Light Hotel Penang. Kali ini pihak The Light Hotel mengetengahkan konsep buffet ramadan mereka dengan tema Santapan Warisan Melayu dan Tabaq Al Maghribi. 

The Light Hotel ada menyediakan 150 menu dari masakan tempatan, antarabangsa, dan juga morocco di Spice Brasserie. Kesemua idea untuk Santapan Warisan Melayu dan Tabaq Al Maghribi ini tercetus dari Chef Halim yang mana ia adalah inspirasi dari kenangan kita masa zaman kanak-kanak dahulu dengan masakan dari air tangan ibu kita sendiri. Jadi sekarang aku nak kongsi dengan korang menu-menu yang ada di The Light Hotel, Penang. 

Kambing Golek bersama nasi 



Terdapat kepelbagaian bubur yang boleh korang cuba dan yang paling terkenal dan mendapat tempat di hati pelanggan pada bulan puasa sudah semestinya Bubur Lambuk.Bubur Lambuk ini sudah sinonim dengan masyarakat kita bila tibanya bulan ramadan. 

Di samping itu terdapat juga pilihan lauk seperti Sup Gear Box Ala Singapore, Gulai Ayam Nangka Pucuk Ubi dan juga Gulai Daging yan boleh disajikan dengan nasi putih yang bakal membuka selera kita semua.


Jika korang membawa kanak-kanak dan tidak suka makan nasi jangan risau di sini juga ada disediakan roti shawarma ayam. Bagi menu lauk-pauk yang lain pula ialah Nasi Beriani yang disajikan dengan Ayam Bawang D'light, Kambing Hitam Manis, Gulai Kepala Ikan, Gulai Ketam, Gulai Udang, Dalca Tulang Kambing, Gulai Ikan Tempoyak, "Che Yah Gebu", Daging Harimau Menangis, Telur Lomak Cili Api Belimbing Buluh dan juga Nasi Kerabu Ulam. 

Selain masakan tempatan terdapat juga masakan antarabangsa yang boleh digabungkan dengan masakan melayu kita seperti Ayam Morroco dengan Daghmira, Merguues (Sosej Kambing), Brochettes (Daging/Kambing/Ayam), Harira (Morooco Lentils & Chicken Soup), & Whole Baked Fish dengan Harissa. 


Pelbagai pilihan ulam-ulaman, kerabu mangga, ikan masin goreng, dan juga sambal yang boleh membangkitkan selera dan mengingatkan kita pada menu di  kampung halaman. 




Untuk menu sampingan lain yang korang boleh dapati di The Light Hotel Penang ini ialah Murtabak, Roti Bakar, Roti Jala bersama dengan kuah-kuahnya. 






Jika tekak terasa ingin merasa masakan cina di sini juga turut disediakam masakan cina seperti dim sum yang sedap dan juga Nasi Ayam serta Nasi Itik. 





Pemanis mulut juga turut disediakan seperti kuih lapis keladi, kuih lapis ros, kuih seri muka, kuih cara, puding mocha, dan lain-lain lagi. 



Sudut Buah Kurma untuk dimakan sebelum berbuka puasa. 


Pencuci Mulut dengan pelbagai pilihan buah-buahan tempatan,ais krim dengan pelbagai perisa dan ais kacang. 





Minuman sejuk dan panas juga turut disediakan seperti air sejuk bandung, air limau asam boi dan bagi air panas pula terdapat teh tarik kaw yang memang menjadi tarikan dan terkenal dikalangan pelanggan-pelanggan tetap mereka. Aku memang peminat tegar teh tarik di sini dan setiap tahun aku akan pastikan datang ke sini untuk menikmatinya pada bulan puasa.




Makanan-makanan yang disediakan di The Light Hotel ni memang tak mengecewakan dan korang akan berpuas hati dengan pilihan menu dari masakan tempatan melayu, cina, india dan diselitkan juga makanan dari Morroco. Harga yang mampu milik hanya RM108.00 (dewasa) dan juga RM90 (kanak-kanak dan warga emas). Terdapat juga Baucer Promosi sebanyak RM90 dan cepat-cepat pergi dapatkan sekarang. Jangan risau untuk kemudahan surau kerana di sini semua disediakan. 

Sekiranya berminat korang boleh hubungi nombor ini untuk sebarang pertanyaan dan tempahan 04-3821111. Korang juga boleh rujuk video di bawah untuk melihat dengan lebih dekat lagi menu-menu yang disedikan di sini. 














You May Also Like

0 Comments

Hye uollss Sila tinggalkan komen anda satu pun jadilah hehehehe