MENGINAP DI THE HAVEN ALL SUITE IPOH, TAMBUN MEMANG TAK MENGECAWAKAN AKU.

by - 06:50


Sejak satu dunia dilanda penyakit covid-19 memang segala aktiviti percutian sangat terhad. Zaman covid ni memang kita tak boleh sangat nak pergi bercuti tempat yang ramai orang jadi aku pilih untuk menginap di satu tempat yang tidak memerlukan aku berkumpul dan berjumpa dengan ramai orang. Dalam aku berpikir-pikir aku terjumpa The Haven All Suite Resort Ipoh ni dan terus aku call kawan aku Naddia. Aku cerita hasrat aku nak pergi bercuti tenangkan fikiran dan bila aku tunjuk tempat ni terus dia setuju untuk pergi hujung minggu tu juga. Makanya terhasillah 5 ketul sekawan ini ke Ipoh ada hari sabtu pagi. Nanti korang tengok video perjalanan dari mula sehingga tamat percutian kami. 

MENGENAI THE HAVEN ALL SUITES RESORT IPOH.


The Haven All Suites Resort, Ipoh ini adalah sebuah apartment mewah dan juga dijadikan hotel mewah yang terletak berdekatan dengan hutan, bukit batu kapur serta tasik yang indah dan nyaman. Kawasan The Haven ini terdiri daripada 3 buah apartment dan yang apartment Banyan yang berada ditengah-tengah sahaja dikhususkan untuk tetamu menginap manakala baki lagi 2 apartment telah mempunyai penghuni yang tersendiri. The Haven All Suites Resort ini diberi nama sesuai dengan persekitarannya yang nyaman, segar, indah, tenang dan hanya jauh dari hiruk pikuk kota. Sebab itu tempat ini ibarat syurga dengan ketenangan dan kecantikan yang dapat kita lihat di sini. The Haven All Suites Resort ini terletak di Jalan Haven, 31150 Ipoh, Perak. Kalau koran datang dari arah Utara (Penang) korang hanya perlu keluar susur tol Tambun dan dari sini korang akan nampak signboard kecil tulis The Haven. Korang akan melalui Lost World Tambun dan juga The Banjaran Hot Springs sebelum korang jumpa simpang ke The Haven. 


Sampai di sini korang akan berhenti di pondok pengawal keselamatan untuk mengambil keterangan dan mendengar penerangan dia. Korang pasti akan teruja dengan cerita dia sebab cara dia bercerita sangat laju non-stop tapi menarik. Selain itu, dia akan meminta lesen memandu serta nombor telefon korang sebagai cacatan sekiranya korang ingin keluar masuk dari sini 24 jam tanpa ada had. Setelah itu, korang boleh check in dan dapatkan bilik yang telah korang tempah di kaunter pendaftaran yang terletak di tengah-tengah apartment ini. 

The Haven ini terdapat pelbagai jenis bilik yang boleh korang pilih sebagai penginapan korang. Memandangkan kami datang berlima jadi kami memilih bilik yang memuatkan 5 orang dan menghadap tasik dan bukit batu kapur serta tasik dari tingkat 23 apartment Banyan ini.

BILIK UTAMA


Pemandangan bilik ini mengadap tasik dan bukit batu kapur serta tasik.


Sesuai untuk honeymoon bilik macam ni. hehehe


Televisyen dan ruang kerja juga disediakan 


Penyangkut, seterika, peti besi ada disediakan 


Ruang mandi (sabun mandi dan syampu ada disediakan)


Bilik mandi serta bath tub (kalau datang dengan kawan tu sila la tarik tirai tu kalau mau kawan-kawan korang nampak jelas korang tengah mandi. hahaha)


Terdapat juga tuala serta peralatan seperti sabun, syampu, pelembap, losyen, berus gigi, ubat gigi, tisu.

BILIK KEDUA

Bilik kedua ini disediakan dengan 1 katil queen terdapat juga almari serta toilet dalam bilik tetapi tidak ada bath tub. 



Sama macam bilik utama terdapat tuala serta peralatan mandi.

BIILIK KETIGA 


Di dalam bilik ini terdapat meja kerja serta katil single sahaja. 


Bilik tidur ketiga kena menggunakan toilet di luar dari bilik tidur. Sesuai sekiranya korang datang bawa anak bujang.

RUANG TAMU 



RUANG MAKAN


BALKONI 



RUANG DAPUR



Penapis air coway 

Selain itu, turut disediaka wifi bagi seisi rumah untuk menggunakannya dan line wifi di sini meman sangat laju. Jangan risau jika line korang tiada coverage korang boleh menggunakan wifi yang diberi. Disamping itu, makanan di cafeteria sini juga sangat sedap dan puas hati. Nak tahu apa yang menarik jom kita tengok sama-sama menu yang aku dan rakan-rakan telah terokai. 

CAFETERIA 

Untuk buffet dinner di sini semuanya sedap-sedap dan berbaloi dengan harga yang korang bayar. BBQ Buffet di sini akan bermula dari pukul 7 malam sehingga 10 malam setiap hari dan rate harga korang boleh rujuk pada gambar di atas bagi setiap kategori. 


Bila nama BBQ Buffet mesti la wajib cuba menu bbq dia dan kambing grill ni memang padu lembut gila. Sampai hari ni aku teringat-ingat nak repeat jauh la pula. Korang boleh tengok nanti dekat video aku kongsi semua menu untuk BBQ Buffet di sini. 


Aneka air panas dan sejuk


Pencuci mulut 


Beraneka lauk-pauk (tengok di video youtube untuk kesemua menu)

Untuk menu seterusnya ini adalah menu-menu sampingan yang korang boleh pesan dan wajib cuba kalau tidak nanti korang akan pulang dengan seribu penyesalan. 


Pencuci mulut ni korang wajib cuba sebab sedap sangat sampai tak boleh nak cerita sedap dia tu macam mana. 


Romesco Chicken


Nasi Ayam The Haven


BBQ Chicken Rice


Chimicuri Prawn Salad


Laksa Singapore ni pun padu korang patut cuba juga.

Bagi menu untuk sarapan juga pun sedap-sedap dan paling aku suka nasi lemak dia memang kena dengan tekak aku. Selalu aku ni cerewet sikit bab rasa nasi lemak ni tapi kat sini memang kena dengan tekak aku dan menu-menu kat sini sedap sebab disediakan oleh chef yang telah berpengalaman selama 19 tahun dalam bidang ni. Jadi tak hairan setiap menu yang korang rasa dan masuk ke dalam semuanya sedap-sedap. Sampaikan kawan-kawan aku pu tak berhenti puji kesedapan menu yang dihidangkan. 


Kalau korang nak sarapan jenis western sikit pun ada disediakan di sini. 

Selain itu, The Haven ini juga turut menyediakan pelbagai jenis aktiviti yang menarik dan korang boleh lakukan kesemua aktiviti ini bersama keluarga atau kawan-kawan. Antara aktiviti di sini ialah: 


Gelanggang ping-pong


Gymnasium


Boleh lakukan aktiviti bersama keluarga dan kawan-kawan.


Gelanggang Tennis


Kolam renang



Gelanggang Badminton


Berbasikal 

Korang juga boleh rehatkan badan dan manjakan diri di Spa yang turut disediakan di sini.

Pendek kata korang tak akan rasa rugi bila kunjung dan menginap di sini kerana banyak aktiviti yang seronok dan bermanfaat boleh dilakukan sambil dapat menenangkan fikiran dari kesibukan kerja. Untuk korang lihat lebih dekat lagi persekitaran di The Haven dan aktiviti aku bersama kawan-kawan korang boleh tengok video yang aku pamerkan di bawah ini.

Untuk sebaarang pertanyaan korang boleh rujuk maklumat di bawah ini dan layari laman web di bawah.


The Haven All Suite Resort, Ipoh
Jalan Haven, 31150 Ipoh, Perak, Malaysia

Tel: +605-540-0000 
Hotline: 1700-8-1700-0
 Fax: +605-540-0099




New update: Sekarang ni depa tengah buat promosi kaw2 punya. Korang boleh refer maklumat di bawah dan jangan risau tak semestinya vaucer ni kena guna skrg tapi boleh guna sampai 31.10.2021 nanti 👌 

* Limited Suite Stay Vouchers - Purchase Now, Plan Your Travel Dates Later * 

Stay Period: Now until 31 October, 2021 

*1 Bedroom Lakeview Suite, incl. of 2 b'fasts*
Rack Rate @ RM 1000 nett
Promo Rate @ RM 610 nett
Voucher Rate @ *RM 330 nett per unit/night* 

*2 Bedroom Lakeview Suite, incl. of 4 b'fasts*
Rack Rate @ RM 1600 nett
Promo Rate @ RM 1040 nett
Voucher Rate @ *RM 650 nett per unit/night*
 
*Purchase voucher (s) before 6 December 2020
*Applicable for Weekdays (Sun-Thu) & Weekends (Fri & Sat). 
*Black-out dates apply on Christmas, Chinese New Year & Hari Raya week. 
*Full payment required. Other T&Cs apply.
For purchase or more information, please call 05-5400010.











You May Also Like

1 Comments

  1. cantik laaa resort nieee. dengan macam2 kemudahan lagi. best2. :)

    ReplyDelete

Comment please 🤗