Modul Pengurusan Guru Eoperasi yang sesuai untuk Guru-guru dan juga Bukan Guru-guru.

by - 07:38




Pernahkah anda dengar mengenai satu portal iaitu EOPERASI?

Tak pernah dengar? 

Okay tak apa kali ini aku nak kongsi dengan korang satu portal yang bagus dan bermanfaat untuk semua pelajar serta guru-guru dan juga bukan guru. Jom aku cerita apa itu Eoperasi.

MENGENAI EOPERASI

EOPERASI adalah salah satu antara 3 Modul Pengurusan Guru yang telah dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kita dan ianya telah diselia di bawah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.Jadi tidaklah rugi jika korang tidak mengunjungi portal ini EOPERASI. Antara kategori modul pengurusan e-Operasi ialah yang mana ia melibatkan pengurusan data-data berkaitan guru dan bukan guru yang seperti berikut:-

  • Pentadbir Portal E Operasi (pegawai pengurusan peringkat Negeri, Daerah, Zon dan Sekolah)
  • Pengguna Portal eoperasi (guru dan bukan guru)
Bagi korang yang ingin mendaftar untuk menggunakan Eoperasi ini korang boleh baca perkongsian aku ini sehingga habis ya. Pada paparan utama laman E-Operasi akan memaparkan beberapa maklumat penting mengenai portal ini seperti Pengumuman, Log Masuk, Bantuan dan Paparan Ralat. Pengguna portal eoperasi, guru dan bukan guru, boleh memperolehi update terbaru mengenai Eoperasi KPM dari ruangan pengumuman seperti gambar di bawah.



Tutorial ini khas untuk pengguna utama portal eoperasi iaitu pentadbir sistem dan pengguna (guru dan bukan guru).
  • Pengguna – ID yang telah didaftar dengan Pentabir Sistem sahaja dibolehkan untuk login modul portal e-operasi ini.
  • Pentadbir Sistem – Pentadbir sistem adalah mereka yang dilantik secara rasmi oleh pihak KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia)
Bagi korang yang mahu login buat kali pertama, korang perlu membuat pendaftaran sebagai pengguna baru. Hanya klik “Pendaftaran Pengguna” dibawah ini 



LANGKAH-LANGKAH LOG MASUK 

  • Pengguna pertama kali perlu isi maklumat diatas dengan betul dan tepat terutamanya Nama, No. KP, No. Gaji, dan Emel.
  • Kemudian masukkan kata laluan, soalan keselamatan dan jawapan perlu ditulis supaya lebih mudah untuk ingat
  • Lepastu tekan butang SIMPAN untuk terus proses pendaftaran.
  • Kemudian anda boleh terus ke ruangan LOG MASUK sistem eOperasi menggunakan butiran login anda tadi.
  • Setelah berjaya masuk login portal, semak butiran anda seperti nama, no kp dan lain-lain dan pastikan ianya betul.
Bagi korang yang memerlukan panduan manual pengguna boleh download seperti dalam gambar dibawah. Seandainya terdapat maklumat tidak tepat, anda perlulah memaklumkan kepada PK1/PK2/PK3 untuk kemaskini.


Selain itu korang juga boleh mengunjungi Portal Malaysia yang mana ia adalah sebuah medium yang berasaskan carian semasa pengguna Malaysia dimana mereka akan memberikan apa jua bahan-bahan infomasi terkini yang sahih dan betul untuk korang semua serta Portal Rasmi mereka.

Demikian serba sedikit perkongsian aku kali ini dan semoga ianya bermanfaat bagi korang.
Terima kasih. 





You May Also Like

0 Comments