Bercuti Bersama Boxy Shirt Malaysia

by - 10:00



Baru-baru ini aku ada trip ke Langkawi dengan rakan-rakan tempat kerja aku. Memandangkan kami akan ke pulau jadi aku bercadang untuk mencari baju yang sesuai dan selesa sepanjang aku menyertai snorkling nanti. T-shirt yang aku cari sudah semestinya yang jenis menyerap peluh, dan tidak panas kerana aku akan mengadakan aktiviti luar yang memerlukan pendedahan cahaya matahari. Jadi dalam mencari tu aku terjumpa satu website ni namanya Boxy Shirt Malaysia. Aku belek la setiap website tersebut yang mana dalamnya terdapat pelbagai jenis koleksi baju t-shirt dengan tawaran yang sangat murah bagi aku. Jom kita tengom sama-sama website Boxy Shirt Malaysia ni. 


Murah wei dan dalam banyak-banyak "Best Seller" ni aku berkenan yang Boxy Microfiber Long Sleeve. Jadi terus aku klik, pilih warna, jenis saiz. Aku memilih untuk baju yang berlengan panjang memandangkan aku bertudung dan aku jika memilih lengan pendek aku perlu memakai sarung tangan pula. Jadi untuk memudahkan kerja aku pilih baju t-shirt lengan panjang yang berwarna blue black.

Selesai memilih baju semua dan dalam beberapa hari parcel pun sampai dan sangat cepat jadi sempat la aku bawa pergi bercuti. Mula tu risau juga sekiranya parcel tu dapat lambat dari tarikh yang aku nak bertolak tu. Lepas dah dapat baju ni aku puas hati sangat wei, muat-muat elok saja dengan badan aku dan kain dia pun lembut saja. 




Boxy Shirt Malaysia ini adalah kedai yang mana ia beroperasi secara atas talian di negara kita, Malaysia mereka menawarkan produk seperti t-shirt Microfiber & Cotton T-Shirt, Polo Shirt, T-Shirt Kosong. Dari apa yang aku perhatikan produk mereka ini menggunakan bahan yang sangat berkualiti tinggi. Baju yang ditawarkan oleh mereka terdapat dalam 24 warna pilihan dan saiz pula terdiri daripada saiz XS sehingga 3XL. Tetapi untuk setiap jenis baju itu terdapat warna dia yang tertentu sahaja. Jadi pandai-pandai la korang pilih mengikut warna pilihan korang. 

Aku sudah dapat baju mengikut warna pilihan yang aku nak dan saiz dia juga betul-betul ngam dengan aku. Berdasarkan pada material baju ini juga aku rasa boleh dipakai untuk tempat water park seperti Lost World Tambun dan sebagainya. Ini adalah untuk masuk dan bermain di sana memerlukan korang memakai pakaian yang bersesuaian seperti ini dan kain cotton adalah tidak digalakkan sama sekali. Jadi pilihan aku ni tepatlah kerana sekiranya aku ingin ke waterpark aku boleh  memakai lagi baju ini. Dengan tawaran harga yang murah dan material yang baik membuatkan aku sangat berpuas hati. 


Kelebihan Boxy Microfiber Long Sleeve:-
1. Kainnya dari Microfiber 
2. Selesa dan labuh 
3. Berasa sejuk walaupun berada seharian dengan cuaca panas
4. Harga yang murah
5. Penghantaran percuma dan cepat 

Produk lain yang ditawarkan oleh Boxy Shirt Malaysia:- 

  • Microfiber Shirt:- 
Microfiber T-Shirts
Microfiber Short Sleeves
Microfiber Long Sleeves
Pro-Series Microfiber
Microfiber Youth Series


  • Cotton Shirts
Premium Cotton Casual Tee


  • Polo Shirts Microfiber Polo Shirts
Cotton Polo Shirts

Sekiranya korang berminat bolehlah rujuk maklumat di bawah ini. 






You May Also Like

4 Comments