TEMPAT SANTAI MAKANAN LAZAT HANYA DI BARASTAR CAFE, BANDAR PERDA.

08:29


Penang dengan makanan mana mungkin boleh dipisahkan. Kebanyakkan kawan-kawan aku bila nak datang Penang sebab makanan. Jadinya bila dorang datang sini aku sendiri mati punca nak bawa pergi mana. Kalau di kawasan island sana memanh aku boleh list banyak tapi bila minta area rumah aku di seberang sini aku mati kutu juga la. Tapi bila aku dapat tau ada satu port terbaik punya terus aku terjah dulu sebelum kawan-kawan aku datang bercuti nanti senang aku nak rekeman dekat dorang mana boleh p dan menu apa yang patot di cuba. 

Barastar Cafe nama diberi, kami datang bertambag seri...... ewah konon nak berpantun tapi hacurrrr. 

Ok ok jom kita sambung lagi cerita. Barastar Cafe ni dah lama dibuka cuma seketul zya akma baru dapat tau.Sadisnya macam tertinggal kereta api aku ni kan. Ha jangan nak cakap aku tak berdunia pula ya. Ada ja cuma sibuk mencari rezeki demi tabung kawen. Okay dah lari topik lagi ni. Janji aku serius lepas ni ya. Barastar Cafe ini terletak di Bandar Perda, Pulau Pinang, ala dekat area uptown juga dan berdekatan dengan petronas situ. Kalau dah jumpa simpang masuk petronas korang terus ja sampai penghujung jalan tu sampai korang nampak signboard besar macam gambar bawah ni. Kalau korang sesat tak jumpa juga??? Korang waze jer Barastar Cafe habis cerita. hehe


Konsep cafe ada dua jenis iaitu jenis open yang mana korang boleh lepak santai-santai di luar atau korang boleh pilih untuk duduk di dalam yang ada penghawa dingin. Saranan aku bagi yang bawa anak tu korang pilih yang tertutup dalam penghawa dingin sebab lebih selamat anak-anak korang pun boleh bermain dalam kawasan tu sahaja. Terdapat juga mainan dan bahagian yang kanak-kanak boleh bermain. 


Ruang terbuka (diluar)


Ruang dalam (berhawa dingin)

Sekarang jom kita lihat menu apa yang aku dan kawan-kawan pilih pada masa ni. Korang boleh klik video di bawah untuk melihat dengan lebih dekat lagi setiap menu yang dihidangkan pada kami. Bagi mengetahui setiap nama menu tersebut korang boleh scroll ke bawah  dan disetiap gambar aku selitkan sekali nama setiap menu tersebut.Semua menu ni sangat aku rekeman pada korang terutama yang sangat suka dengan masakan western. 


Set Meriah Family 



Mushroom soup


Fettuccine creamy chicken


Aglio Olio Chicken


Spaggeti Bolognese




Rice chicken chop


Minute steak



Chicken Chop


Spaggeti Tomyam


Chicken Chop Burger


Caramel Macchiato


Classic Latte


Milk Tea


Ice Blended Chocolate


Strawberry Mango Lemonade


Brown Sugar Milk + Boba 


Ice Lemon Tea


Infuse Drink with Herb (air detox)


Sekian sahaja menu-menu yang kami semua dah cuba dan korang boleh lihat setiap ruang di cafe ini dihias dengan dekorasi yang sangat cantik dan simple. Di sini juga korang boleh menyewa untuk membuat sebarang majlis sama ada hari jadi, anniversary, seminar dan juga mesyuarat juga boleh diadakan di sini. 




Setakat ini sahaja perkongsian aku mengenai Barastar Cafe dan jika korang berminat boleh rujuk maklumat di bawah untuk sebarang tempahan dan sebagainya. 

Barastar Cafe
No 32, Lorong Perda Utama 7,
Bandar Perda,Bukit Mertajam, Penang
(lorong Petronas Bandar Perda)

Waktu operasi setiap hari
4.00pm - 1.00am

Facebook: BarastarCafe
Instagram : barastarcafe



















You Might Also Like

1 comments

  1. yesza sangat best kat bandar perda. masa duduk di kulim dulu, sanggup kami housemate ramai2 pi jalan2 kat bandar perda. hahahaha

    ReplyDelete

Hye uollss Sila tinggalkan komen anda satu pun jadilah hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...