PERASMIAN PENANG UPTOWN DI BUKIT JAMBUL, PULAU PINANG.

08:27


Penang Uptown untuk warga pulau kini telah dibuka kepada orang ramai. Baru-baru ini mereka telah mengadakan perasmian dan aku berkesempatan untuk sertai upacara perasmian ini. Sebenarnya upacara perasmian ini diadakan sekali bersama gotong-royong kenduri rakyat yang mana semua bergabung dan bertungkus-lumus masak bersama-sama untuk upacara perasmian ini. 


Upacara Perasmian ini dirasmikan oleh YB Senator Dato'Haji Marzuki Bin Haji Yahya, Timbalan Menteri Luar Malaysia.


Yang Berbahagia Dato' Ahmad Razif Hamzah, Ketua Eksekutif adalah yang menggendalikan Penang Uptown ini. 


Penyampaian sijil kepada para penjual di tapak uptown.



Turut diadakan persembahan daripada artis seperti Mawi dan Pak long yang menghiburkan kami pada hari perasmian tersebut.


Lauk kampung bersama-sama ulam-ulaman menjadi menu yang dihidangkan untuk kenduri rakyat di sini. Sangat sedap dan sempoi makan panas-panas. 


Uptown Penang ini dibuka dari pukul 6 petang sehingga lewat malam jadi korang bolehlah datang lepak-lepak santai sambil mencuci mata di sini. Kalau yang jenis suka lewat-lewat malam tu memang sempoi sebab di sini juga ada deretan kedai makanan yang korang boleh cuba. 

Uptown ini ada dijula pelbagai jenis barangan seperti pakaian wanita, lelaki, kanak-kanak, aksesori handphone, produk kecantikan dan sebagainya. Hujung-hujung minggu tu bolehlah korang datang bawa keluarga dan rakan-rakan mencuci mata di sini. 


Pelbagai jenis tudung ada dijual


Produk kecantikan


Pakai lelaki



Pakain wanita 


Kepada orang Penang terutamanya yang berada berdekatan dengan Bukit Jambul cepat-cepat serbu uptown yang satu-satunya berada di dalam pulau ini. Jom kita meriah dan gegarkan perkarangan Uptown Bukit Jambul sekarang.

FACEBOOK:- 

LOKASI:
BUKIT JAMBUL 














You Might Also Like

2 comments

  1. woww... penang pun dah uptown sekarang.

    ReplyDelete
  2. akak hang ni tak ingat da last jejak BJ tu tahun bila.. masa sek rendah kot.
    skrng ade uptown da. hehe.. malas sket situ sesak.

    ReplyDelete

Hye uollss Sila tinggalkan komen anda satu pun jadilah hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...