Pencuci Muka Yang Best | Aloe AC Clean Bubble Cleanser Dari Hansaegee Nature

by - 18:16


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca yang dikasihi sekalian. Sempena hujung minggu ni zya nak kongsi dengan korang satu rahsia kecantikan yang diamalkan oleh ramai wanita pada zaman sekarang. Zaman sekarang ramai yang suka nampak cantik seperti orang Korea makanya semua berlumba-lumba untuk mendapatkan produk dari sana. Jadi zya juga tidak ketinggalan untuk mendapatkan dan mencuba satu produk keluaran di Korea yang mana jenamanya ada Hansaegee Nature. Jenama ini sudah berada lama di pasaran dan terkenal di kalangan peminat-peminatnya yang tersendiri.


Untuk tidak menjadi ketinggalan, zya pun mencuba satu produk pencuci ini yang diberi nama Aloe AC Bubble Cleanser. Aloe AC Bubble Cleanser ini ialah satu produk pencuci wajah yang berbentuk buih-buih yang lembut dan ringan. Zya sejenis yang memiliki kulit sensitif dan jerawat bila tiba waktu-waktunya ia akan tumbuh melata siap berkampung lagi wei. Tapi zya berani untuk guna produk ini kerana ia sangat sesuai untuk yang kulit berjerawat dan berminyak. Bahan-bahan yang terkandung di dalamnya pun sangat bagus, dan mempunyai sifat-sifatnya yang tersendiri untuk merawat masalah pada wajah kita. 

Antara bahan-bahan yang digunakan di dalam Aloe AC Bubble Cleanser ini ialah:- 

  • Aloe Vera
  • Tea Tree Leaf Oil 
  • Ekstrak Lavender
  • Lain-lain bahan adalah seperti 
Water, Potassium cocoyl glycinate, Sodium lauroyl aspartate, Glycerin, Butylene glycol, Aloe barbadensis leaf juice, Glycosyl trehalose, Hydrogenated starch hydrolysate, Lavandula angustifolia (Lavender) extract, Rosmarinus officinalis (Rosemary) extract, Thymus vulgaris (Thyme) extract, Mentha arvensis leaf extract, Borago officinalis extract, Salvia officinalis (Sage) leaf extract, Jasminum officinale (Jasmine) extract, Anthemis nobilis flower extract, 1,2-Hexanediol, Fragrance, Melaleuca alternifolia (Tea tree) leaf oil, CI 19140.



Seperti yang kita semua sedia maklum bahawa Aloe Vera ini memang sangat bagus untuk digunakan bagi merawat kulit dan mampu memberi kelembapan pada wajah kita. Selain itu, Tea Tree Leaf Oil ini banyak disebut-sebut dan diperkatakan baik untuk merawat dan mencegah masalah kulit yang berjerawat. Jadi dengan kelebihan setiap bahan ini digabungkan dalam satu adunan dan menghasilkan satu produk yang memberi pelbagai manfaat dengan cara yang mudah dan menjimatkan. Disamping itu mereka juga menambahkan beberapa bahan lain lagi mendapatkan kesan yang lebih baik dan berkesan. Produk ini dijamin kualitinya bagus dan selamat untuk digunakan. Jadi korang tidak perlu risau lagi untuk menggunakan produk ini.


Produk ini didatangkan dalam betuk cecair di dalam botol tetapi apabila korang picit ia akan menghasil buih-buih yang sangat halus dan lembut teksturnya. Poduk ini bagus digunakan bagi merawat masalah kulit berminyak, berjerawat, kulit kering, membuang sel kulit mati serta membersih liang pori dengan baik. Produk ini akan memberi kelembapan selepas korang mencuci wajah jika dibandingkan dengan produk pencuci lain, kulit korang akan terasa kering dan tegang selepas mencuci tapi bagi produk ini tidak. Ia memberi kulit wajah menjadi segar dan lembap tanpa mengeringkan kulit langsung.

Cara menggunanya adalah seperti berikut:-



1. Basahkan muka korang dengan air yang bersih terlebih dahulu.

2. Kemudian korang tekan atau pam sekali atau dua ke atas tapak tangan korang.




3. Setelah pam korang akan nampak buih-buih putih yang keluar setelah satu atau dua kali pam itu. Kelihatan buih-buih itu sangat halus teksturnya dan ia bertindak membersih sehingga ke dalam liang-liang pori kita. Makanya masalah pori kita selama ini dapat dihindarkan dengan membersih secara mendalam. 



4. Lalu korang sapukan pada wajah secarat merata dan korang bolehlah membuat urutan menaik di seluruh wajah. 

5. Sambil membersih korang boleh juga mengurut-urut wajah korang dan lakukannya secara lembut sehingga diyakini bersih. Suka sangat main dengan buih dia ni sebab memang sangat halus dan lembut bila kena pada kulit kita. 



6. Setelah itu, korang akan rasa segar, lembap dan kulit terasa bersih sangat dari segala kekotoran. Jadinya lepas ni kalau mekap tebal-tebal tidak perlu risau lagi dengan adanya pencuci seperti Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini. 

Zya sudah cuba dan merasai sendiri pengalamannya selama 2 minggu ini dan secara keseluruhan hasilnya memang best dan zya sangat berpuas hati untuk terus menggunakannya. Pembersih wajah ini sangat bagus kerana mampu mencuci dan membuang segala kulit mati dan kotoran secara mendalam. Masalah pori-pori tersumbat dan jerawat yang kadang-kadang muncuk pun dapat diatasi. Jerawat zya dah berkurang setelah beberapa minggu menggunakannya serta kulit zya terasa segar, bersih, lembap dan kurang jerawat. Mekap tebal macam mana sekalipun tidak perlu risau untuk dibilas berkali-kali kerana pembersih ini memang mencuci secara alami sehingga ke dalam liang-liang pori-pori kita. Haruman dari pembersih wajah ini juga sangat nyawan dan zya suka bau yang segar sebegini.




Sekiranya korang berminat korang boleh dapatkan produk ini di Hansaegee Nature online Store (www.hansaegee.com/shop). Kalau korang ingin mendapatkan lebih lagi maklumat lanjut mengenai produk ini korang boleh rujuk maklumat dibawah ini. 

Company name: 
Hansaegee Nature 

Website: 

IG page: 

FB page: 

 Youtube page: 












You May Also Like

1 Comments