Durian Fiesta "All You Can Eat" di Lexis Suites Hotel, Penang.

09:08


Musim durian tiba lagi yeaaahhhhh......

Asal balik kerja saja atau buat kerja luar office mesti nampak deretan orang jual durian tepi jalan, Haishhh kalau tak mengenangkan sibuk dengan kerja memang dah lama berhenti beli dah. Sabar punya sabar sampai hujung minggu aku tak lepaskan peluang keemasan ni dah. Terus ajak kawan teman dan drive kereta petang tu pergi Lexis Suites Hotel, Penang. Sebab aku dapat tahu ada satu tempat korang boleh makan sepuas hati tanpa berebut dengan harga yang sangat berbaloi.  


Korang yang tengah craving dengan durian dan nak rasai 10 jenis durian dalam satu masa tu sinilah tempatnya. Buffet durian ini memang korang akan makan durian sahaja sehingga korang puas hati sampai korang sendiri akan tolak letak tepi sebab dah terlalu full perut tu. (aku la tu sebab tak boleh nak sumbat lepas beberapa ulas aku telan hahhaha). Ni pengalaman pertama aku makan buffet durian dekat hotel sebab sebelum ni aku banyak makan di rumah atau pun tepi-tepi jalan tu saja. Tahun ni aku nak rasa kelainan sikit, nak makan sampai betul-betul puas. Craving sangat kan nah amik kau macam-macam jenis durian yang tak pernah dengar pun ada di sini.


Antara durian-durian yang disediakan di sini ialah Musang King , Ang Hae, Hor Lor, Kapli, Cheh Phoay Kia, D11, D14, Chen Phoay 15, Kun Poh dan Ang Bak Kia. Ha amik kau banyak jenis kot selalu aku pernah dengar musang king dengan D14 ja. Tapi untuk Buffet Durian di Lexis ini korang dihidangkan dengan pelbagai jenis durian bersama dengan pulut serta santan dan gula melaka. Pertama kali aku tengok orang hidang pulut dengan gula melaka ni sebab sebelum ni memang pulut disiram dengan santan sahaja. Sedap juga sebenarnya kalau di siram gula melaka cuma ada rasa manis-manis gula melaka campur manis durian tu. Untuk yang jenis suka makan manis tu boleh la cuba tapi aku lebih suka dengan santan lagi baru ada umpppphhhhh. 




Untuk buffet ini ada disediakan air mineral, pulut, santan, gula melaka serta beraneka jenis durian. Setiap jenis durian ini ada keistimewaanya sendiri seperti warna, bentuk, dan rasa. Ada yang isinya kuning kemerahan, ada yang kuning diraja, isi yang jenis lembut, isi yang jenis mampat dan lain-lain lagi. Nak tahu macam mana korang kena la p rasai sendiri sebab berbaloi korang dapat rasa semua jenis durian ini. 






Pakcik ni tolong buka semua durian, kami semua tolong makan ja.hahhahaha. Apa yang bestnya Durian Fiesta dekat Lexis Suites Hotel ini ialah setiap satu sesi hanya dibuka kepada 10 orang tetamu sahaja dan pihak hotel buat buffet ni outdoor di beachfront yang mana betul-betul ngadap pantai. Sambil makan pulut durian sambil layan angin tepi laut memang betul-betul romentik bagi yang datang dengan pasangan tu. 


Pengalaman pertama makan durian di sini memang tak mengecewakan sebab have fun dengan staff hotel yang beri layanan baik, durian yang disediakan semua elok-elok isi dia memang superb manis sedap. Harga untuk Buffet Durian Fiesta "All You Can Eat" ini ialah RM118nett untuk seorang dan korang boleh makan sepuas-puasnya selama 2 jam tanpa henti sehingga kembung perut walaupun sedia tahu perut memang dah kembung awal lagi. hahahhaha. Korang yang berminat boleh booking dengan pihak Lexis Suites Hotel atau pun korang boleh scan bar code yang disediakan di bawah ini untuk membuat tempahan. Akhir kata selamat menjamu selera yer kawan-kawan, terasa macam nak repeat order lagi kali ni. 

Hubungi : 04-6282888

 Scan bar code dan korang isi form dekat situ.


Tunggu apa lagi cepat-cepat p booking.


Hmmmmmm sedapnya....tak tergugat ka.hehehe


Kami sudah, korang bila lagi. 





You Might Also Like

0 comments

Hye uollss Sila tinggalkan komen anda satu pun jadilah hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...