Amalkan Pengambilan Lotion Di Wajah Dengan Safi Balqis Oxywhite Hydrating Lotion.

06:45


Perempuan dengan kecantikan memang bukan mudah untuk dipisahkan. Menjadi lumrah wanita yang dilahirkan didunia ini akan jatuh cinta dengan kecantikan. Aku dari zaman sekolah menengah lagi sudah mula membuat penjagaan wajah tetapi dengan perkara basic sahaja. Zaman sekolah dulu aku mengalami masalah kulit kering dan mengelupas jadi masa itu aku memang tidak mekap dan aku hanya memakai lotion di muka sahaja untuk melembapkan kembali kulit wajah aku. Amalan mengamalkan lotion di wajah ini aku amalkan sehingga ke zaman universiti dan juga alam pekerjaan sekarang. Pernah satu masa kawan aku tanya kenapa hang pakai lotion di muka? Lotion kan selalunya hanya digunakan pada badan sahaja. Aku jawab apa fungsi hang pakai lotion pada kulit tangan hang? Jawab dia "untuk melembapkan kulit tangan aku yang kering". So, sama fungsi dia juga lotion digunakan untuk kulit muka aku yang kering dan mudah mengelupas waktu itu. 

Sebenarnya penggunaan lotion pada wajah masih tidak ramai yang tahu dan amalkan. Tetapi disebabkan aku pernah cuba dari zaman sekolah dan ianya buatkan kulit muka aku tidak kering dan mengelupas jadi aku teruskan memakainya. Sekarang ini banyak lambakan produk di pasaran yang mengeluarkan produk lotion untuk wajah. Sekarang aku tengah mengamalkan lotion untuk wajah keluaran Safi Balqis Oxywhite Hydrating Lotion. Produk safi ini bagus kerana ia telah lama bertapak dan bertahan di pasaran dulu sehingga kini. 


Aku nak kongsi serba sikit maklumat mengenai produk ini yang mana ia sebenarnya gabungan formulasi dari penyegar dan juga pelembap dalam satu langkah sahaja bagi penjagaan kulit yang ringkas namun memberikan kesan lembapan yang lebih optimum. 


Safi Balqis OxyWhite Losyen Pencerah Menghidrat ini bertindak sebagai: 

Memberikan 2x penghidratan*dan kesegaran dengan satu penggunaan. 

Meningkatkan rintangan perlindungan kulit untuk mengunci lembapan secara mendalam dan optimum sepanjang hari dengan 5 jenis Hyaluronic Acid seperti 

 Macro Hyaluronic Acid
 Nano Hyaluronic Acid 
 Bio-Hyaluronate 
 Oligo-Hyaluronic Acid 
 Super Nano Hyaluronic Acid 


Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit 

Mencegah kulit menjadi gelap akibat radiasi infrared (IR) dengan pelindung IR.OXYWHITE = NANO OXYGEN + NANO BIOWHITE 

Nano Oxygen membebaskan oksigen tambahan ke dalam epidermis kulit agar segar, bermaya dan berseri manakala Nano BioWhite memperlahankan kesan pembentukan pigmentasi untuk tona kulit sekata dan cerah sempurna.

Jadi cepat-cepat korang dapatkan di Guardian, Watson dan pasaraya yang berdekatan dengan korang atau korang boleh terus layari laman web www.safi.com





You Might Also Like

0 comments

Hye uollss Sila tinggalkan komen anda satu pun jadilah hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...