Semangat OKU Yang Luar Biasa Mampu Beroleh Kejayaan.

09:24


Hai semua kali ini aku nak kongsi dengan korang satu cerita istimewa yang mungkin mampu memberi korang semangat dan sebagai sumber inspirasi untuk kita jadi berjaya. Bila aku baca kisah aku rasa kagum sangat dengan dia ni. Walaupun cacat anggota badan tapi dia mampu berjaya dalam hidup dia. Sedangkan kita yang cukup sempurna ni baru diuji sikit dah patah semangat. Bila baca kisah dia terus rasa nak berjaya mcm dia.


Kata Khairul Nizam diusia 30 an dengan keadaan cacat ini aku bersyukur dengan kehidupan dan aku berjaya membina satu syarikat jamumall sdn bhd , dan membina platform jualan jamumall.com .., Aku happy mampu beli ape aku nak , mampu makan yang mewah , mampu travel ke dubai , korea , japan, australia dan banyak negara aku dan sampai. Apa yang paling best adalah aku dapat sediakan rumah mewah untuk keluarga , tanggung family dan bersedekah setiap hari.

Katanya,  bukan nak riak tapi aku tau ramai sebenarnye orang diluar sane nak jadi mcm aku , nak banyak duit mcm aku , nk bahagiakan family mereka macam aku. Tapiii adakah mereka sekuat aku??

Lihatlah aku ...


Kehidupan aku dulu tak mcm ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku, makan perlu disuap , mandi perlu diuruskan , duduk perlu diangkat , dan tidur perlu dijaga , bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian .

Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari , bukan tiga hari , bukan seminggu , bukan sebulan tetapi bertahun tahun !!! Ade ketika saya rasa sangat terkesan bile ade ketika bile sy haus , lapar , penat , takde org disisi. Tapi takkan aku nak mengharapkan mati??? Allah beri aku nyawa , nafas , sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade sesuatu manfaat yang nak aku buat.


Aku cube merenung dan mengimbas kehidupan ramai org diluar .. kalaulah aku di beri tubuh fizikal sempurna , boleh berjalan , berlari , melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada org lain. Aku melihat ramai yang malas untuk ubah hidup sendiri  , ramai yang suka bagi bermacam alasan bila bekerja, ramai yang cepat giveup bila ada cabaran !!


Ramai cube memilih untuk kerja senang , taknak susah , lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat , sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun2 atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan orang sekeliling susah. Paling terkesan nak bagi duit mak dan ayah, family pun tak mampu ... Aku sedih !!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka ...


Jadi aku bangkit!!! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur .. bersyukur dengan nikmat yg allah beri dan jangan sia2 kan , aku bangkit untuk beri manfaat pada org lain . Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dpt melihat kegembiraan , senyuman ramai org2 disekeliling aku ..


Kini aku sedar .. untuk berjaya dlm kehidupan , pekerjaan , mahupun bisnes bukan mudah . Tetapi atas keinginan yg kuat , kasih syg yg hebat , keberanian yg tinggi , suka berlajar dan improve diri , dan juga seorang yg berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang. Semua value yang ada dlm diri aku akan aku bawakan kedalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit , bersemangat , dan berjaya !!!


Akhir kata ... kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan org sekeliling .. anda ade berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.. kite je mampu ubah diri kita!!

You Might Also Like

5 comments

  1. Semangat luar biasa yang perlu kita contohi walaupun beliau kelainan upaya

    ReplyDelete
  2. Being physically disabled is not an excuse! Find a way to shine in life.

    ReplyDelete
  3. semangat macam ni yang perlu kita ikut..

    ReplyDelete
  4. Terharu dengan semangat beliau yang membuktikan bahawa OKU juga boleh berjaya. Done follow sini juga

    ReplyDelete
  5. Sangat kagum dengan semangat beliau yang tak kenal erti mengalah

    ReplyDelete

Hye uollss Sila tinggalkan komen anda satu pun jadilah hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...