BUDAK BUAT LIVE DAPAT TAJAAN KAHWIN RM500 RIBU!! | SEKITAR MAJLIS PERKAHWINAN SITIJAMUMALL

01:17


Suka betul tengok si gadis comel ni kalau berceloteh promote produk, nampak bersungguh sampai rasa nak cuba satu produk yang dia bercakap tu. Tapi sapa sangka dengan celotehnya itu dia dapat satu tuah yang sangat bermakna dalam hidupnya. Tuah ayam Nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. Untung seorang gadis kecil comel SITI SURIANI atau lebih dikenali sebagai SITI JAMUMALL mendapat tajaan kahwin sehingga RM500 RIBU !!


Wow RM500 ribu bukan calang-calang tajaan yang dia dapat ni tau. Siapa saja tak suka majlis perkahwinan yang diadakan sekali seumur hidup ini dapat dijadikan sebagai majlis yang paling bermakna bila semua orang sanggup bertungkus lumus untuk menajanya. 


Pada mulanya beliau sangkakan ingin buat majlis biasa secara kecil-kecilan, tetapi sapa sangka setelah memuat naik satu status di facebook milik beliau tentang majlis perkahwinan terus mendapat wassup dan call bertalu – talu dari founder produk, owner kedai dan bermacam lagi untuk sponser majlis beliau. Hampir 100 company dari perbagai produk berminat untuk sponser majlis kahwin siti, paling menyentuh hati, yang baru berjinak dalam perniagaan juga berbesar hati sponser majlis perkahwinan siti. 


Kata siti, beliau sangat sebak dan tidak sangka, majlis yang mulanya plan biasa-biasa kini menjadi luar biasa. Inilah berkat usaha beliau selama 3 tahun membuahkan hasil. Beliau menjadi promoter atau host untuk jamumall.com dan menjual perbagai jenis produk kosmetik, kesihatan, fesyen dan makanan. Selama ini siti promote produk orang dengan ikhlas, siti bantu dari produk biasa-biasa tak dikenali, sampai dikenali dan menjadi viral. Disebabkan itu ramai hargai jasa siti dan bila siti kahwin mereka sanggup sponser mcm-macam. Siti sangat-sangat bersyukur dapat sponser dari nikah, pre wedding, majlis berinai . majlis kahwin sampailah ke honeymoon pakej. Antara sponsor yang terlibat di dalam menjayakan majlis ini ialah:- 


Pelamin dan Hiasan Dewan dari Wedding by emma

Baju Pengantin dari Dlia Jane Bridal Collection


Grand Cake dari Mad About Cake



Vip Menu dari Rumpun Selera

Coffe Es-Cream dari Ana Zahra Beauty


Jamu dari Seri Lady Empire Resources



Tudung Bawal  Bridesmaids dari Gallery Bawal

Kain Pasang Diamond dari Irahsukri

Telekung dari Pretty Aini



Make Up Set dari Zacthira Navillionniza

Scarft dari Scarft By Mehrun

Printed Box dari Art Creation Printing


Perfume dari  Luxe Essencia Resources


Honeymoon Pakej dari Arwana Resort




You Might Also Like

0 comments

Hye uollss Sila tinggalkan komen anda satu pun jadilah hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...