SEMPURNAKAN HARI-HARI ANDA DENGAN KESEGARAN RAES COLLAGEN MIST.

09:56


SEMPURNAKAN HARI-HARI ANDA DENGAN KESEGARAN RAES COLLAGEN MIST | Kesegaran kulit yang baik sewaktu mekap adalah menjadi idaman setiap wanita kerana disinilah akan menentukan tahap keselesaan kulit kita bila berada dalam keadaan mekap. Perkara yang wajib buat sebelum mula mekap adalah dengan menggunakan apa-apa spray yang menyegarkan kulit serta mampu membuat mekap menjadi tahan lama. Jadi kali ini zya diperkenalkan dengan satu produk yang diberi nama Raes Collagen Mist. Produk ini bukan sekadar spray biasa yang hanya mampu menyegarkan muka tetapi ianya juga boleh merawat pelbagai masalah pada kulit wajah korang. 

Apa itu Raes Collagen Mist? 


Raes Collagen Mist ini ialah product kesihatan muka yang terbaru di pasaran. Produk ini sangat sesuai dengan gaya hidup kita zaman kini kerana mudah dan kollagen ini tidak perlu diambil secara minum, tetapi hanya perlu disembur dan rasai sendiri kesegarannya. Raes Collagen Mist ini menggunakan teknologi nano dari Jepun yang akan membuatkan kulit korang menjadi bersih, cantik dan juga berseri. Collagen ini bertindak dari luaran kulit muka bersama-sama dengan elemen lain seperti Propolis (madu), Aloe vera dan juga Hyaluronic Acid. 

Selain itu, Raes Collagen Mist ini juga diformulasi daripada alam semulajdi dan kaya dengan pelbagai manfaat untuk kecantikan dan kesihatan kulit. Produk ini telah didaftarkan di bawah Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Notification Number (NOT1701704650K). Raes Collagen Mist diproses oleh kilang yang memiliki sijil Halal Malaysia. Ianya adalah produk muslim dan korang boleh menggunakannya tanpa was-was. Tambahan pula, produk ini diproses oleh kilang bertaraf GMP yang berkualiti tinggi demi memenuhi kehendak dan keselamatan pengguna. 

Apakah Kelebihan Raes Collagen Mist ini? 


Mampu menyihatkan kulit.
Mencerahkan dan memutihkan kulit.
Melembutkan kulit.
Menegangkan dan menganjalkan kulit.
Meningkatkan Hidrasi.
Anti Penuaan dan anti kedutan.
Merawat jerawat.
Menghalang pembentukan bintik hitam.
Menyegarkan kulit.
Mengatasi bakteria secara semulajadi.
Membantu Rejuvenasi sel kulit.
Anti oksida.
Meratakan tona kulit.
Merawat sunburn. 

Bagaimanakah cara penggunaannya?


Cara penggunaannya senang sahaja, korang perlu spray Raes Collagen Mist ini pada kadar jarak yang bersesuaian untuk membolehkan ianya kena serata pada wajah korang.


Kemudian tunggu sehingga ianya agak kering pada kulit wajah korang dan boleh teruskan dengan rutin harian mekap dan sebagainya. Tetapi untuk membuatkan ianya nampak kesan glowing korang boleh spray sekali lagi selepas selesai mekap.


Korang hanya perlu dua kali spray dalam sehari dan jika korang kerap mekap boleh digunakan mengikut keselesaan korang. Dengan penggunaan yang konsisten korang akan nampak kesannya selepas seminggu. Produk yang didatangkan dengan mesra travel ini sangat memudahkan korang untuk membawanya kemana-mana sahaja bersama. Pastikan terdapat satu Raes Collagen Mist di dalam handbag korang bagi merasai kesegarannya sambil merawat kulit. Zya dah cuba korang bila lagi jom dapatkan segera produk Raes Collagen Mist ini dan korang boleh rujuk facebook dan instagram ini bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk atau ingin membuat pesanan.

Facebook: Raes.skincare
Instagram: Raes.skincare
Email: raes.skincare@gmail.com





You Might Also Like

0 comments

Hye uollss Sila tinggalkan komen anda satu pun jadilah hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...