PRODUK UNTUK WAJAH TERBARU DARI ALTHEA IAITU REAL FRESH SKIN DETOXER.

19:00



Kesibukan dengan kerja bukan penghalang bagi kita sebagai seorang wanita untuk menjaga wajah kita. Keletihan dan tidak bermaya akan membuatkan wajah kita tidak berseri dan tampak kusam. Jadi disini zya nak kongsi dengan korang dua produk hebat dan terbaru keluaran dari Althea. Dua produk skincare terbaru yang zya dapat ini diberi nama Real Fresh Skin Detoxer. Apa hebatnya dua produk ini dan dimana kita boleh dapatkannya? Boleh ikuti perkongsian zya sampai habis nanti korang boleh tahu serba serbi mengenainya. 

Sebelum itu zya nak kongsi dengan koraang yang Althea ini adalah satu laman web yang menjual produk K-beauty khas diimport dari Korea tau. Pembungkusan dia pun sangat cantik dan menarik jadi jangan risau barang korang akan sampai dengan selamat. Boleh ke laman web ini https://my.althea.kr/ untuk melihat lebih produk lagi. Sekarang jom kita tengok produk terbaru mereka ini pula. 

REAL FRESH SKIN DETOXER ROSE 150ml
(10 SECS WASH OFF MASK)


Bagi real fresh skin detoxer rose ini ia mengandungi bahan seperti berikut:-

  • Real rose petals – Gosok kulit dengan lembut dan memberikan aroma yang ringan, menyenangkan
  • Ekstrak Rose – Mengiritasi dan menenangkan kerengsaan yang mendalam, menghalusi kulit dan menghancurkan tekstur kasar
  • Glycerin – Humectant yang memberi kelembapan pada kulit, mencegah dehidrasi
Cara menggunakannya (waktu pagi):-

  1. Korang bersihkan muka dan keringkan muka terlebih dahulu.
  2. Setelah muka korang kering maka korang picit sedikit skin detoxer rose ini dan sapu rata pada permukaan wajah.
  3. Korang biar dan tunggu selama 10 saat.
  4. Selepas itu korang basahkan sedikit dengan air dan mula mengurut wajah dengan secara bulatan dan menolak sedikit ke atas (tips untuk bagi wajah koraang tegang). 
  5. Korang gosok sehingga menjadi buih dan setelah itu cuci bersih dan lapkan sehingga bersih.
  6. Seterusnya boleh teruskan dengan skincare yang selalu korang gunakan.


REAL FRESH SKIN DETOXER GREEN TEA 150ml
(10 SECS WASH OFF MASK)




Bagi real fresh skin detoxer rose ini ia mengandungi bahan seperti berikut:-

  • Teh hijau Daun teh hijau sejati – Perlahan-lahan menghilangkan kulit dan memberikan wangian, wangian yang menyenangkan
  • Ekstrak teh hijau – Mengandungi vitamin C dan asid amino untuk membersihkan dan menguatkan kulit
  • Glycerin – Humectant yang memberi kelembapan pada kulit, mencegah dehidrasi
Cara menggunakannya (waktu malam):-


  1. Korang bersihkan muka dan keringkan muka terlebih dahulu.
  2. Setelah muka korang kering maka korang picit sedikit skin detoxer green tea ini dan sapu rata pada permukaan wajah.
  3. Korang biar dan tunggu selama 10 saat.
  4. Selepas itu korang basahkan sedikit dengan air dan mula mengurut wajah dengan secara bulatan dan menolak sedikit ke atas (tips untuk bagi wajah koraang tegang). 
  5. Korang gosok sehingga menjadi buih dan setelah itu cuci bersih dan lapkan sehingga bersih.
  6. Seterusnya boleh teruskan dengan skincare yang selalu korang gunakan.


Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi korang manfaat dan tunggu apalagi tu jom kita g order dari website althea kerana harga pun sangatlah berpatutan.


You Might Also Like

0 comments

Hye uollss Sila tinggalkan komen anda satu pun jadilah hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...