KENAPA PERKHIDMATAN MYGDEX PERLU MENJADI PILIHAN BAGI URUSAN PENGHANTARAN BARANG?

22:35



KENAPA PERKHIDMATAN MYGDEX PERLU MENJADI PILIHAN BAGI URUSAN PENGHANTARAN BARANG? | Ha korang nak tahu tak kenapa? Mai sini zya nak berkongsi dan membincangkan mengenai perkhidmatan Gdex melalui website MyGdex. Pernahkah korang mendengar atau mendapat barang yang dibeli secara online dari Gdex? Mesti pernahkan sebab ada sesetengah penjual online sudah tahu akan kelebihan menggunakan Gdex kerana terdapat banyak kelebihan dan keuntungan bagi mereka. Zya juga sebagai blogger selalu mendapat barang-barang review dari Gdex. Zya memang puas hati dengan perkhidmatan dorang ni sebab cepat, mesra pelanggan dan juga barang yang sampai pun dalam keadaan baik tak pernah lagi la rosak.

Apa yang bestnya Gdex ni dorang selalu call dahulu bagitau nak hantar barang pada hari ini dan sangat bagus sebab kita tahu awal barang akan sampai jadi kita boleh atur aktiviti kita sekiranya kita hendak kemana-mana. Ini salah satu sebab kenapa zya suka dan berpuas hati dengan perkhidmatan Gdex ini. Jadi bagi korang yang membuat perniagaan online atau sapa-sapa sahaja yang selalu membuat penghantaran barang ini bolehlah menggunakan perkhidmatan Gdex ini sebab sangat mudah dan berbaloi kerana tidak perlu beratur panjang dan sebagainya untuk membuat pengeposan. Semua urusan hanya di hujung jari anda sahaja dengan membuat pendaftaran di website www.mygdex.com kerja pengeposan anda menjadi sangat mudah, senang dan selamat. Sekarang jom zya nak terang dengan lebih lanjut apa itu MyGdex dan bagaimana cara penggunaan dan apa kelebihannya.


Apa itu MyGdex?
MyGdex merupakan sebuah platform pengiriman barang dalam talian (Online Shipping Platform) yang diuruskan oleh pihak GDEX dan mereka menyediakan website ini yang mana ia sangat mesra pelanggan kerana para pengirim boleh mencetak sendiri Consignment Notes (CN) dan menyerahkannya di mana-mana cawangan Gdex. Mereka juga ada menyediakan pengambilan barang untuk penghantaran di hadapan kedai atau rumah anda dan anda hanya perlu memberi barang dan consignment notes yang telah dicetak tadi sahaja. Segala urusan pembayaran untuk penghantaran telah pun dibuat melalui website MyGdex. 

Website ini juga ada banyak langkah-langkah penggunaannya dan kalau korang faham memang memudahkan kerja korang lepas ini.Langkah-langkah penggunaannya korang boleh rujuk DISINI. Apa yang penting korang kena daftar dulu sebagai ahli dan antara faedah menjadi ahli mygdex adalah anda akan dapat harga istimewa sebagai ahli. Selain itu,korang tak perlu risau jika ingin mendapatkan plastik barangan untuk pengeposan itu kerana korang boleh terus beli melalui website yang telah korang daftar tadi. Di sini juga terdapat e-wallet, dan dimana korang perlu log in dan pilih pakej dan automatik masuk ke dalam e-wallet korang dan korang boleh menikmati pelbagai ganjaran diskaun dan lain-lain dari e-wallet ini seperti:




Kredit Percuma
Flyers Percuma
Pick-up Percuma


Gambar di atas adalah bayaran untuk keahlian mygdex dan korang boleh pilih pakej mana yang korang mahukan dan semua ini akan dimasukkan ke dalam e-wallet korang. Jadi nanti segala urusan bayaran penghantaran barang korang boleh guna di e-wallet. Selain dari pembayaran e-wallet korang boleh juga membuat pembayaran seperti biasa melalui "iPay88". Bila dah semua menggunakan website pasti korang jadi was-was cara nak membuat pembungkusan dan selalunya kita hantar orang pos akan uruskan tapi kali ini berbeza kita sendiri yang buat. Jangan korang risau kerana di website mygdex ini telah sediakan semua guideline dan korang perlu ikut di situ sahaja dengan mudah sekali. Korang boleh rujuk link DISINI cara-cara membuat pembungkusan dan yang diterima oleh pihak Gdex dan seterusnya korang dan boleh membuat penghantaran sendiri ke cawangan Gdex yang berhampiran ataupun menunggu dorang datang dan mengambil sendiri ditangan anda.




Mudah kan zaman sekarang semuanya hanya dihujung jari jadi korang tak perlu bersusah payah ke sana sini beratur panjang untuk membuat penghantaran barang kerana dengan MyGdex semuanya telah tersedia dengan begitu mudah serta menjimatkan masa. Jadi jom kita semua mendaftar menjadi ahli MyGdex di www.mygdex.com dan nikmati ganjaran hebat yang ditawarkan oleh pihak mereka.



























You Might Also Like

6 comments

  1. memang GDEX antara courier yg sangat reliable atas pengalaman sendiri ;D

    ReplyDelete
  2. lepas ni boleh la beralih kpd GDex plak..

    ReplyDelete
  3. senang option selain daripada Pos Laju. and dia akan call tu best tu ehehe..

    ReplyDelete
  4. Pernah guna beberapa kali jugak perkhidmatan gdex...
    Kdg2 ok kdg2 ada x ok...

    ReplyDelete
  5. Zumal suka perkhidmatan gdex ni, cepat dan selamat...

    ReplyDelete

Hye uollss Sila tinggalkan komen anda satu pun jadilah hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...