KOLEKSI TUDUNG PUTERI DUYUNG SOFEAROSE HADIR DEMI PENYU

by - 00:19



KOLEKSI TUDUNG PUTERI DUYUNG SOFEAROSE HADIR DEMI PENYU | Hais semua raya tak lama lagi kan jadi dah cari ke tudung untuk di gayakan semasa hari raya? Kalau belum mai sini zya nak kongi dengan korang satu jenama yang best iaitu Sofearose sedap nama tu macam nama zya juga ada Ros hehehe. Ok Sofearose adalah satu jenama tudung yang tidak asing lagi ni negara kita kerana sudah mempunyai peminatnya tersendiri dengan material kain dia yang best,tebal dan warna dia nude dia tu yang zya suka. 


Jadinya zya telah dapat satu tudung bawal dari koleksi Sofearose memang cantik dan berulang kali juga la zya pakai tak sempat nak simpan untuk raya dah. Sebab zya dah jatuh hati sangat sebab tu la berulang kali pakai sampai ramai yang tertanya beli kat mana cantik corak dan material dia pun best terletak elok. Actually tudung ni bawal tapi zya spesies yang takut nampak muka bulat tembam jadi zya gayakan seperti shawl. So, tak rugi kalau korang beli tudung dari Sofearose ni sebab korang boleh gayakan dengan pelbagai cara.


Tudung ni besar dan korang boleh ejas sendiri nak labuh ataupun singkat mengikut keselesaan korang sendiri jadi tak perlu risau bagi korang yang suka tudung yang labuh kerana bawal dari koleksi Sofearose ini smua bidang besar. Zya suka kain dia tak rasa panas dan tidak jarang. Bila Pakai ia jatuh terletak elok sangat. Corak yang digunakan oleh mereka ialah mermaid dengan warna nude dan pastel. Kenapa mereka menggunakan ia sebagai tema untuk koleksi tudung mereka? Jom kita baca selanjutnya lagi. Ianya adalah kerana populasi penyu yang semakin menurun dan ini menunjukkan bahawa kepupusan penyu bukan perkara mustahil. 


Oleh itu, bagi meningkatkan kesedaran terhadap ancaman yang dihadapi oleh penyu, SofeaRose telah berkerjasama dengan SEATRU (Unit Penyelidikan Penyu Universiti Malaysia Terengganu) dalam kempen memulih dan memelihara penyu. SEATRU bermula pada tahun 1984 apabila penyelidikan Penyu Belimbing di Rantau Abang dimulakan. “Jika kami tidak melakukan sesuatu untuk memelihara penyu, pada masa hadapan kita hanya dapat melihat penyu hanya di muzium-muzium.

Secara purata, hanya 1 dari 5000 anak penyu akan hidup sehingga ke peringkat dewasa kerana ancaman dari pencemaran laut, pemburu penyu, haiwan pemangsa, dan lain-lain. Memasuki tahun keempat di dalam industry, SofeaRose mengambil inisiatif dengan menghasilkan koleksi pakaian bertemakan Puteri Duyung (Mermaid) bagi mengumpul dana program ‘SEATRU – Adopt a Turtle’. Dengan mengambil penyu sebagai anak angkat, wang akan digunakan untuk prosess pemuliharaan penyu seperti memantau pergerakan penyu, melindungi habitat, membeli peralatan veterinary dan banyak lagi. 


Bagi membela nasib alam semulajadi, SofeaRose akan menyumbangkan sebahagian jualan dari koleksi Mermaid kepada program ‘SEATRU – Adopt a Turtle’ bagi menyokong pemuliharaan penyu. Semua wanita di dunia ini tahu, Puteri Duyung merupakan seorang wanita yang sangat cantik dengan perwatakan lemah-lembut, penyayang dan periang. Ini membuatkan ramai wanita mengkagumi dan mengimpikan untuk menjadi seperti Puteri Duyung. Tidak terkecuali wanita-wanita di SofeaRose, mereka telah berusaha menghasilkan koleksi tudung serta pakaian Ready To Wear (RTW) dan juga koleksi Raya tahun 2018 yang diinspirasikan oleh kecantikan Mermaid!


Salah satu dari tudung adalah Diona, diperbuat daripada Satin Matte berteknologi tinggi. Tudung bercetak ini boleh didapati dari RM79 dan dilengkapi dengan charm dan kotak yang dibuat khas bagi koleksi ini. Mencuba sesuatu yang luarbiasa, SofeaRose merakamkan video seorang Puteri Duyung memakai tudung Diona berenang di dalam air: https://www.youtube.com/watch?v=543SV9nKLIk


Selain koleksi tudung, SofeaRose juga mengeluarkan koleksi Ready To Wear (RTW) dan 13 Baju Raya Mermaid. Antaranya Baju Mini Kurung, Baju Kurung Moden, Jubah, Baju Kurung Kedah dan beberapa lagi. Koleksi Mermaid SofeaRose ini boleh berharga dari RM59 hingga RM419 dan sebahagian dari duit anda akan digunakan untuk tujuan pemuliharaan penyu.


Pembelian boleh dilakukan melalui tiga jenis cara iaitu dengan menghubungi Penasihat Imej di 019 – 635 0313 (Teha) atau kunjungi butik SofeaRose di Bangi Sentral ataupun menerusi laman sesawang di www.sofearose.com. Dengan setiap pembelian RM100 keatas, pelanggan secara langsung akan didaftarkan sebagai Ahli SofeaRose dengan PERCUMA seumur hidupdan mendapat potongan 20% untuk setiap koleksi SofeaRose.


Sekiranya korang ada sebarang pertanyaan dan ingin melihat koleksi yang lain boleh rujuk maklumat di bawah.

SofeaRose

Wisma Qzara,
Jalan Nelayan 19/B,

Seksyen 19, Shah Alam,
40300, Selangor





You May Also Like

4 Comments