MILIKI KULIT WAJAH CANTIK BERSERI SEPERTI GADIS KOREA DENGAN HANYA TIGA LANGKAH ALTHEA BARE ESSENTIALS

by - 11:35


MILIKI KULIT WAJAH CANTIK BERSERI SEPERTI GADIS KOREA DENGAN HANYA TIGA LANGKAH ALTHEA BARE ESSENTIALS | Hai semua ada peminat Korea tak di sini? Korang yang selalu tengok cerita korea pasti teringin kulit wajah bersih berseri macam mereka kan. Di sini zya nak ajak korang bergosip mengenai produk Althea new babies iaitu Bare Essentials yang mana ia adalah produk skincare yang mempunyai 3 langkah sahaja untuk menjadikan kulit korang cantik, glowing, lembap dan berseri. Produk ini yang didatangkan khas dari Korea dan seperti kita sedia maklum kulit orang Korea semuanya cantik-cantik. Jadi inilah masanya untuk kita mengubah segala cacat cela di wajah kita dengan 3 langkah mudah ini. 


Produk Althea Bare Essentials ni selamat diterbangkan serta mendarat ke Penang tepat pada hari lahir zya. Kiranya macam hadiah hari lahir buat diri sendiri. Terima Kasih Althea Korea buatkan hari lahir lebih bermakna dengan kehadiran baby baru ini. Jadi dalam satu box pink ini ada 6 jenis barang antaranya ialah:

  • Contour Cleanser 
  • Primer Water 
  • Fixer Cream
  • Bare Essentials (sample Sachet)
  • Althea Marble
  • Cermin Althea
Jadi zya dah cuba produk ini sendiri pada wajah zya dan kesannya sangat bagus kerana kulit terasa lembut dan bila mekap dan mahu tanggalkan pun ianya jadi mudah dan smooth ja. Jika tidka sebelum ini kulit zya agak kasar dan bila mekap pasti akan tinggal lagi kesan-kesan mekap di wajah. Tetapi dengan 3 langkah ini ianya sudah memudahkan kerja zya serta merawat dan mengembalikan kulit wajah lembut seperti bayi. Jom kita gosip dengan lebih lanjut lagi kebaikan serta keistimewaan produk ini.

Contour Cleanser 




Langkah Pertama:

Penggunaan Contour Cleanser iaitu ia merangkap pembersih pada wajah dan juga mampu menanggalkan segala jenis kotoran akibat dari mekap seharian serta ia mapu menjadi scrub pada wajah. Ia mampu menanggalkan sel-sel mati pada kulit kita. Selepas mencuci muka korang dengan contour cleanser ini kulit akan terasa sejuk dan juga fresh pada wajah anda ianya seolah macam korang detoks kulit wajah korang sendiri.
Produk ini mengandungi:

  • Ice Plant - Mampu menghidrat dan mengurangkan kemerahan pada wajah korang.
  • Ekstrak Lemon myrtle - Ianya kaya dengan Vitamin C serta antioksidan untuk menguatkan keadaan kulit wajah korang. 
  • Mikro Kapsul - Ianya berupaya untuk membersihkan sel-sel kulit mati pada wajah.
Noted: Produk ini mampu membuatkan wajah korang menjadi V Shape( kurus) jika digunakan secara konsisten.Wah sapa tak nak wajah kurus runcing kan.hehehe

Primer Water

Langkah Kedua:

Penggunaan Primer Water adalah perlu setelah menggunakan contour cleanser. Ini adalah tidak lengkap penjagaan wajah anda tanpa mengenakan primer water dari Althea ini kerana ia bersifat 2 in 1. Kenapa 2 in 1? Ini adalah di dalam Primer Water ini terdapat gabungan diantara toner dan juga primer. Wah menarik korang dah dapat jimat satu benda dan bajet di situ. tak perlu nak apply banyak-banyak kali kerana ianya sudah terdapat dalam satu produk sahaja. Zya sangat suka primer water ni dah la wangi dan bila apply di muka terasa lembut sangat kulit wajah ni. Korang hanya perlu titiskan sedikit di atas cotton dan terus apply ke kulit wajah korang. Rasai dan alamai sendiri aromanya wangi serta lembut itu.

Produk ini mengandungi:
  • Drewdrops - Produk ini telah diformulasikan untuk memberi kelembapan pada kulit serta menutupi jurang diantara liang roma dan kulit wajah anda.
  • Ekstrak Snow Lotus - Ianya berfungsi bagi melembutkan kulit wajah, mencerahkan kulit dan menyihatkan kulit. 
Fixer Cream


Langkah Ketiga:

Penggunaan Fixer Cream adalah pelengkap kepada penjagaan wajah anda dan ia adalah langkah terakhir sebelum anda mengenakan sebarang mekap yang lain. Fixer cream ini bersifat mudah meresap ke dalam kulit dan ianya memberi penghidratan kulit wajah selama 24 jam. Selain itu, fixer cream ini tidak melekit dan berminyak langsung jika digunakan walaupun seharian. 

Produk ini mengandungi:

  • Trehalose – Humectant yang berkuasa mengekalkan kelembapan pada kulit
  • Teh Hijau Liar – Menghidrat, menenangkan kulit dengan antioksidan
  • Baobab Tree Extract – Ejen pelembap yang tidak berminyak yang membantu mempromosikan pengeluaran kolagen

Muka senyum dapat produk skincare terbaik dari Althea Bare Essentials.


Set lengkap Althea Bare Essentials

Jadi lengkaplah sudah tiga langkah penjagaan wajah yang zya gunakan sekarang dan pasti akan terus menggunakan produk skincare Althea Bare Essentials ini. Produk ini diakui selamat digunakan pada wajah korang memandangkan zya yang sejenis memiliki kulit sensitif pun rasa berkesan menggunakannya apatah lagi korang yang mungkin memiliki kulit jauh lebih baik mesti lagi berkesan. Jadi memang syorkan korang guna produk ini dan pasti lepas ni korang akan terus jatuh hati dengannya. Untuk sebarang pertanyaan korang boleh rujuk maklumat di bawah. Harganya pula adalah sangat berpatutan dan mampu iaitu RM116 sahaj untuk ketiga-tiga produk ini. 


Instagram: altheakorea
Facebook: Althea


You May Also Like

3 Comments