Mario' Italian Restoran Sentiasa Menyajikan Menu Yang Menarik

by - 09:52

Mario' Italian Restoran Sentiasa Menyajikan Menu Yang Menarik | Entri aku kali ini adalah berkisarkan tentang makanan lagi. Hehehe blogger miss zyaroses sekarang asyik makan saja akhir-akhir ini. Tapi apa yang menarik tempat makan kali ini adalah tentang lokasi dan suasana tempat dia yang sangat cantik dan menarik. Mario's Italian Restaurant diberi nama yang mana tempat makan ini adalah sebuah banglo di atas bukit. Selama aku dok Penang ini pertama kali aku jejak ke lokasi ni dan menikmati makanan di restaurant seindah ini. 




Restoran ini terletak di Bukit Jambul dan berada di atas bukit, jadi untuk ke sini korang perlu mendaki bukit sikit tapi bukan berjalan kaki pula yer hahaha maksud aku mendaki bukit tu dengan kereta la ok. Tempat Parking pun senang so korang jangan risau kalau nak datang sini. 



Sekarang jom kita ke topik utamanya iaitu pasal beberapa menu makanan yang terdapat di restoran ini. Terlalu banyak menu dari menu utama sehinggalah ke pencuci mulut semuanya lengkap ada. 

BAKED BREAD


Cheesy Garlic Bread


Bruscheta

SALAD


Seafood salad

SOUPS


Cream of Mushroom


Consomme Marinara


Clam Chowder


Roti ni sedap bila dimakan bersama dengan menu-menu yang di atas. 


 BAKED DISHES


Chicken Lasagne 

APPETIZERS


Smoked Salmon


 Garlic King Prawn Special

SEAFOOD


Grilled Salmon Fillet

PASTA


Linguine Aglio Olio

PIZZA

 Chicken Masala Pizza


Prawn masala pizza

FRESH JUICE


Oren jus pilihan aku

Inilah menu yang aku dan kawan-kawan nikmati di sini dan aku cadangkan korang bila datang sini untuk mencuba menu tersebut. Untuk dua pizza di atas sebenarnya belum lagi dilancarkan tapi hari Isnin 30 October ini akan mula dilancarkan dan kami menjadi orang pertama yang merasmikan menu ini dan aku suka sangat dengan chicken masala pizza dia sedap ada rasa rempah ratus pedas-pedas sikit. Aku bagi 5 bintang untuk pizza dia kebetulan aku dah memang tengah mengidam kempunan nak makan pizza waktu ini. 

Kalau korang teringin nak ke sini korang boleh rujuk maklumat yang tertera di bawah dan korang mesti berpuas hati jika datang ke sini. Di sini juga sesuai untuk korang adakan majlis sambutan hari jadi ataupun majlis ulang tahun perkahwinan kerana suasana dia yang romentik sangat.



Kekenyangan semua dapat makan menu-menu yang terbaik di Mario's Italian Restauran. Terima kasih Mario's Italian Restaurant atas layanan yang terbaik untuk kami. Nanti ada masa nak datang ke sini lagi untuk cuba menu-menu yang lain pula.



Untuk maklumat lanjut awak boleh layari :

Instagram : mariosbukitjambul
Waktu Operasi : 12-00-15.00 , 18.00-22.00
No. Telefon : 019-472-5837
Alamat : 88 Lintang Bukit Jambul Sungai Nibong ,
11900 Penang , Malaysia.


You May Also Like

1 Comments