MAJLIS UPACARA PERASMIAN PEMBUKAAN MBH MEDISPA -SUNGAI PETANI

by - 04:51



MAJLIS UPACARA PERASMIAN PEMBUKAAN MBH MEDISPA -SUNGAI PETANI | MBH Medispa adalah sebuah pusat kecantikkan yang semakin menempah nama dan mempunyai lebih dari 10 cawangan di Malaysia. Baru-baru ini MBH Medispa telah melebarkan sayap perniagaannya ke utara iaitu di Bandar Amanjaya, Sungai Petani. Hal ini adalah kerana terdapat banyak permintaan dari orang utara terhadap MBH Medispa. MBH Medispa ini diasaskan oleh Puan Yaya Mohamad yang berasal dari Johor yang sangat meminati bidang kecantikkan walaupun sebelum ini beliau adalah dari jurusan kejuruteraan. Namun, minatnya yang mendalam terhadap kecantikkan telah membuatkan beliau memnyambung pelajarannya dalam bidang ini di Indonesia. 


Menurut Puan Yaya Mohamad, beliau mengusahakan perniagaan ini berdasarkan ilmu yang dipelajarinya sendiri dan tidak bergantung kepada orang luar untuk mengendalinya. MBH Medispa yang telah mempunyai 6 cawangan di sekitar Lembah Klang, 1 di Ipoh, 1 di Negeri Sembilan, 1 di Melaka dan 1 di selatan iaitu di Johor. Sekarang ini pembukaan di cawangan yang ke-11 di Sungai Petani dan dikhabarkan cawangan yang seterusnya adalah di Penang iaitu daerah Bertam. 

Jadi semasa Grand Opening di Sungai Petani, team Blogger Utara dijemput untuk sama-sama meraikan majlis ini. Kami 6 orang telah mewakili Blogger Utara untuk menghadiri majlis yang dirasmikan oleh pelakon terkenal iaitu Lisdawati Nazarudin dan turut diacarakan oleh naib juara Mentor iaitu Qody serta juara Mentor, Fareez yang turut membuat persembahan pada majlis tersebut. 


Team Blogger Utara bersama dengan QODY (naib juara mentor), Fareez (juara mentor) serta duta MBH Medispa Afiq Yasin.

Majlis ini bermula pada pukul 9 pagi dengan kehadiran orang ramai untuk mendapatkan pelbagai tawaran yang telah disediakan oleh pihak pengurusan MBH Medispa seperti rawatan Micro needle Dermapen untuk parut, rawatan Clinical Acne untuk jerawat, Oleous skin treatment untuk kulit yang berminyak, Stem Cell Anti-aging untuk rawatan anti-penuaan dan pelbagai lagi rawatan yang lain. Selain itu, semasa Grand Opening ini juga tirut diadakan pelbagai aktiviti lain seperti jualan pembukaan, persembahan artis, jamuaan makan,lawatan tinjauan ke spa, demonstratasi rawatan dan lain-lain. 

Kemuncuk kepada majlis ini ialah pada pukul 2 petang iaitu ucapan dari pengasas MBH Medispa sendiri, sedikit ucapan alu-aluan dari pelakon Lisdawati Nazarudin dan seterusnya ialah upacara pemotongan kek, gimik perasmian serta persembahan dari artis. 


Orang ramai sudah membanjiri khemah sambil menjamu selera.

Orang ramai mendaftar untuk mendapatkan rawatan serta harga diskaun pembukaan.


Pelakon Lisdawati memberi ucapan sepatah dua kata sambil diapit oleh Qody, dan Fareez


Acara pemotongan kek sempena Grand Opening MBH Medispa



Gimik Perasmian yang dirasmikan oleh Pelakon Lisdawati Nazarudin.


Pengasas MBH Medispa bersama Lisdawati, staff MBH Medispa dan juga Afiq Yassin ( duta MBH Medispa)


Sesi rawatan kepada para pengunjung 



Team Blogger Utara menjamu selera bersama dengan tetamu VIP. Terima kasih MBH Medispa atas layanan mesra dan istimewa terhadap kami.


Antara beberapa staff di MBH Medispa


Wakil Blogger Utara bersama dengan pengasas MBH Medispa dan pelakon terkenal Lisdawati.


Selfie dulu sebelum balik dengan Qody dan Fareez Mentor.

Sekian sahaja kupasan mengenai Majlis Upacara Perasmian Pembukaan MBH Medispa yang diadakan baru-baru ini sekiranya korang ingin mendapatkan rawatan di MBH Medispa korang bolehlah kunjungi ke alamat ini

19, Jalan Cempaka 1, 
Bandar Amanjaya, 
08000 Sungai Petani, 
Kedah

Hubungi 

018-299 9039

Untuk maklumat lanjut boleh follow: 

Facebook: MBH Medispa 
Instagram: mbh_medispa


You May Also Like

1 Comments