MINYAK YU YEE CAP LIMAU PILIHAN GENERASI ZAMAN BERZAMAN

by - 09:08



Hai semua pernahkan anda dengar mengenai Minyak Yu Yee Cap Limau ini? Para ibu bapa pasti kenal dan menggunakan produk ini kerana ia amat sesuai untuk bayi yang kembung perut. Tetapi ianya bukan sahaja untuk bayi, orang dewasa pun menggunakannya. Ini termasuklah zya yang telah menggunakan Minyak Yu Yee nie sejak diperkenalkan oleh kawan zya semasa zaman diploma dulu. Sewaktu itu, zya tengah sakit senggugut dan Hana( kawan zya) mencadangkan zya untuk menggunakan minyak ini.Memang selesa sangat dan sehingga sekarang zya menggunakannya dan wajib dibawa kemana sahaja bersama zya kerana keadaan fizikal botol yang comel itu amat memudahkan untuk diselitkan di dalam beg tangan.

Antara kegunaan lain yang boleh digunakan dengan Minyak Yu Yee ini adalah ianya dapat membantu meredakan nyeri sendi, sakit perut, perut kembung, rasa mual dan juga hidung tersumbat kerana flu. Minyak ini tidak panas kerana dia berangin jadi amat sesuai untuk disapukan kepada kanak-kanak. Tertapi minyak ini hanya untuk pemakaian di luar badan sahaja dan perlu dihindari dari mata. Perlu dijauhkan dari kanak-kanak serta jangan digunakan pada luka yang terbuka atau luka yang melecet. 


Kandungan bahan yang digunakan dalam Minyak Yu Yee Cap Limau ini

Peppermint Oil 36.0%
Clove Oil 2.6%
Menthol 1.6%
Nutmeg Oil 0.6%
Borneol 1.0%
Cortex Cinnamomi 1.0%
Resina Calamus Draco 1.0%
Light Liquid Paraffin q.s 100%



Korang yang masih tidak tahu Minyak Yu Yee ini sebenarnya telah disahkan Halal oleh pihak JAKIM jadi tidak perlulah ragu lagi untuk digunakan bagi seisi keluarga. Minyak ini perlulah disimpan di tempat yang kering dan hindari dari terkena sinaran matahari. Korang boleh dapatkan Minyak Yu Yee Cap Limau ini di pasaraya atau kedai yang berdekatan dengan korang mengikut saiz yang ada iaitu dari 10 ml, 22 ml dan 48 ml.


You May Also Like

1 Comments