PETUA MEMBELI HARUMANIS YANG ORIGINAL

by - 00:24



Hai semua selamat berkunjung tiba kembali. Memandangkan sekarang sudah tiba musim harum manis di Perlis jadi kali ini zya akan berkongsi dengan anda semua tips bagaimana untuk memilih mempelam Harummanis yang betul agar anda tidak tertipu dan tersalah membeli. Tapi sebelum itu zya nak kongsi dulu bagi yang tidak mengetahui apa itu buah harummanis? 

Harumanis merupakan sejenis buah yang popular dan hanya terdapat di negeri Perlis. Buahnya berbau harum dan isinya tebal kekuningan serta rasanya enak. Walaupun harganya meningkat setiap tahun, orang ramai sanggup beratur panjang semata-mata mahu membeli Harumanis. Musim Harumanis adalah sekitar bulan April hingga Mei atau awal Jun. Biasanya hasil buah sudah habis sebelum sempat memasuki bulan Jun.

Walau pun ramai yang cuba menanam pokok Harumanis di luar negeri Perlis, hasilnya tidak menjadi seperti tidak tumbuh subur, tidak berbuah, rasa tidak manis dan sebagainya. Ini kerana faktor cuaca dan tanah di negeri Perlis agak unik dan berbeza daripada negeri-negeri lain di Malaysia. Faktor ini menjadikan Harumanis amat istimewa di mana ia hanya benar-benar subur dan berbuah sangat manis di negeri Perlis sahaja.

Ok sekarang dah tahu kan apa itu harummanis. Jadi zya nak kongsikan tips yang mana zya cari dan juga tips yang dikongsikan sendiri oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. 

Awas, jangan sampai anda ditipu penjual harumanis.

Buah mempelam yang selalu di tipu sebagai Harumanis:
1. Buah mempelam SALA
2. Buah mempelam dari Thailand yang di panggil ARUMANIS. Namanya nampak bertujuan bersaing dengan harumanis.



Perbezaan Harumanis asli dan buah tiruan atau buah import "Tom Dam" adalah Harumanis Perlis mempunyai lekuk pada tangkai yang berbeza buah dari Thailand yang mempunyai lekuk pada pangkal tangkai dan di bahagian luar tangkai.

Baginda juga bertitah ‘Harumanis Thai’, ‘Harumanis Kampung’ dan ‘Harumanis'’ merupakan antara nama yang digunakan bagi melariskan jualan mempelam. "Kalau di Pantai Timur, Tom Dam ini juga dikenali sebagai ‘Pauh Mas Hitam’ yang juga dijual di tepi jalan, pasar malam atau ditempah secara dalam talian.

"Difahamkan 'Harumanis Tipu' turut dijual di Pasar Chow Kit di Kuala Lumpur dengan nama yang lebih gah iaitu ‘King of Harumanis’, yang jika dilihat dari segi fizikalnya sahaja memang sesetengah pembeli akan menyangka ia adalah Harumanis dari Perlis," titah baginda sebagaimana lapor Bernama.

Tom Dam juga mempunyai ‘bahu’ yang sama tinggi manakala Harumanis mempunyai bahu yang tidak sama tinggi antara kiri dan kanan, katanya. Ketiga, bentuk bucu hujung Tom Dam tirus manakala Harumanis Perlis mempunyai bucu hujung yang sekata. Keempat adalah dari segi tekstur buah itu, kerana Tom Dam lebih berserat dan ketara serta banyak jus, manakala Harumanis memiliki serat yang amat halus dan sedikit jus tetapi jauh lebih manis. Oleh itu, baginda menasihati agar orang ramai mengetahui ciri-ciri sebenar Harumanis supaya tidak ditipu.

"Penjualan yang menggunakan nama Harumanis Perlis bagi melariskan jualan akan dipantau oleh pasukan khas yang ditubuhkan Kerajaan Negeri diketuai oleh KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan) serta dibantu beberapa agensi lain termasuk polis," titah baginda. Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian selepas menghadiri majlis penyerahan sumbangan program AZAMTANI Jabatan Pertanian Negeri Perlis kepada Sunin Pin‎ di Kampung Kota Kayang, Kuala Perlis baru-baru ini.

Selain membeli buah harumanis apabila mengunjungi Perlis anda juga boleh membeli pulut harumanis yang di makan seperti durian bersama pulut dan santan. Memang sedap sangat-sangat zya sendiri dah jadi peminat pulut harumanis sejak tinggal di Perlis padahal sebelum ni tengok pun rasa tidak ada selera tetapi setelah mencuba pasti akan teringat-ingat sahaja. 


Pulut santan dimakan bersama dengan Harumanis memang sedap sangat-sangat. Selain itu, terdapat juga harumanis yang dibuat jus, dan pencuci mulit seperti gambar di bawah nie. Zya dengan housemate yang reka sendiri. Kalau korang beli buah nanti boleh cuba buat sendiri macam nie sedap rasa sejuk jer rasa tekak nie.





Sekian. Sumber 







You May Also Like

11 Comments

  1. yang husna taw better beli kat penjual yg sah.. tu je.. hihihi..

    ReplyDelete
  2. Lama dah tak makan harum manis.. huhu

    ReplyDelete
  3. waduh! banyak juga beza dia ye...yg tau makan je..hahahahha
    thanks zya for sharing! :D

    ReplyDelete
  4. Merasa jugak aina harum manis tahun ni.. Alhamdulillah bos bg, dia ada kebun harum manis kt perlis. rezeki kta org. =) hehe

    ReplyDelete
  5. tahun ni x merasa lagi.. hmm..

    ReplyDelete
  6. masih belum merasa tahun ni...dan masih kurang clear cara nak bezakan..

    ReplyDelete
  7. xpernah rasa, kiranya gambaq sebelah kanan tu harumanis ori eh??

    ReplyDelete
  8. Hidup hampir 4dekad xpernah pun terpikir nak merasa HM ni, susah jgk ye nk knl pasti..

    ReplyDelete
  9. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete
  10. Nama saya Sarnia Redzuan, saya menyangka bahawa semua syarikat pinjaman dalam talian menipu sehingga saya bertemu dengan syarikat pinjaman CHRISTABEL yang meminjamkan wang tanpa membayar terlebih dahulu.

    Saya ingin menggunakan media ini untuk memberi amaran kepada orang yang mencari pinjaman internet di Asia dan di seluruh dunia agar berhati-hati, kerana mereka menipu dan memberi pinjaman palsu di internet.

    Saya ingin berkongsi kesaksian saya tentang bagaimana seorang rakan membawa saya ke pemberi pinjaman sebenar, selepas itu saya ditipu oleh beberapa pemiutang di internet. Saya hampir kehilangan harapan sehingga bertemu dengan pemiutang yang dipercayai ini yang bernama syarikat pelaburan pinjaman Christabel Missan. Syarikat Christabel meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebanyak 250 Billion RM (RM 250,000,000,000) dalam masa kurang dari 48 jam tanpa tekanan.

    Saya sangat terkejut dan gembira menerima pinjaman saya. Saya berjanji bahawa saya akan menyampaikan berita baik agar orang ramai mendapat pinjaman mudah tanpa tekanan. Oleh itu, jika anda memerlukan pinjaman, hubungi mereka melalui e-mel: (Christabelloancompany@gmail.com) Anda tidak akan kecewa mendapatkan pinjaman jika anda memenuhi syarat. Anda juga boleh menghubungi Christabel ibu melalui nombor whatsApp +1561496019

    Anda juga boleh menghubungi saya: (Redzuansarniaz@gmail.com) jika anda memerlukan bantuan atau maklumat lebih lanjut

    Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan saya yang memperkenalkan saya kepada syarikat pinjaman yang jujur ​​Lady Lianmey Dian Pelangi melalui e-mel: lianmeylady@gmail.com

    ReplyDelete

Hye uollss Sila tinggalkan komen anda satu pun jadilah hehehehe