PELAMIN MEWAH BERMODALKAN RM200
ASSALAMUALAIKUM!!!!!
Hai zya nak kongsikan dengan korang semua mengenai pelamin mewah yang tengah viral sekarang nie. Pelamin nie menggunakan modal RM200 sahaja tetapi kelihatan mewah. Ternyata sangat murah kan DIY pelamin nie sedangkan pelamin untuk bertunang sekarang pun dalam RM3++ juga setakat yang zya pernah survey area Penang nie la. Untuk pengetahuan semua pelamin ini adalah hasil sentuhan tangan beberapa orang anak muda yang sangat kreatif dengan menggunakan tisu. Ala kalau korang nak tisu berwarna-warni pergi jer dekat Ikea ada banyak zya tengok hari tu warna-warna.
Difahamkan pelamin ini direka khas untuk sahabat mereka yang baru mendirikan rumah tangga. Berbekalkan bajet RM200 termasuk harga tisu hanya rm24 untuk 36 bungkus serta sewa kerusi, maka terhasillah pelamin yang tersergam indah ini. Wah hebat sangat dorang nie zya tengok pun rasa macam nak kahwin juga. hahahaha
Saiz pelamin (dalam gambar) adalah 3 meter x 4 meter
BARANG UTAMA YANG DIPERLUKAN (untuk backdrop tisu) :
- Dawai mata punai - lebih kurang 7 kaki lebar... x3 bahagian
- Tisu (sebanyak yg boleh) sila beli di kedai RM2.12 sebab anda akan dapat 3 bungkus. Kami spend lebih kurang RM 24 untuk mendapatkan 36 bungkus tisu.
- Kayu pancang - ikut lebar dawai mata punai contoh 7 kaki
- Paku simen - sekurang-kurangnya 3 batang
- Paku kecil 2 inci - sekurang-kurangnya 30 batang
- Paku tekan - jika perlu
- Kertas keras - jika perlu
- Pentas pelamin - kami guna papan meja yang diubah suai menjadi pentas
- Kain langsir - beli dikedai kain, sila recce harga jangan main beli. Anda boleh dapat harga semurah rm3/meter. Untuk saiz pelamin diatas, kami menggunakan 20 meter kain.
- Karpet bulu - kami guna karpet yang sama untuk servis photobooth Vv
- Bunga hiasan - recycle bunga dalam rumah. Jika perlu, beli setangkai yang ada 5 kuntum bunga. Kami beli 10 tangkai pada harga RM3.50/tangkai.
- Bunga telur - ikut suka.
- Lampu pendafloor - dua batang
- Kerusi pelamin - tambahan RM100 untuk sewa kerusi setelah ambil pakej mak andam. Tahukah anda, beli kerusi pelamin baru mencecah 2k? Huh.
- Hiasan lain yang bersesuaian dengan cita rasa pelamin impian
- Alatan menghias seperti gam tembak, gunting, pita pengukur, pembaris dan lain-lain.
PESANAN:-
*** Perlu diingatkan supaya melakar terlebih dahulu pelan pelamin dan dekorasi untuk mengelakkan pembaziran belian barang dan ruang yang akan digunakan. Lakaran juga membantu anda menjimatkan masa. Masa itu emas.
*** Untuk memaksimumkan penjimatan, gunakan barang sedia ada dirumah. Pastikan jika beli baru, barang masih akan digunakan walaupun majlis telah lama berakhir. Kalau simpan je di stor, kelak nanti mereput buat sarang anai-anai. Hahahaa baru padan muka.
*** Perlu diingatkan supaya melakar terlebih dahulu pelan pelamin dan dekorasi untuk mengelakkan pembaziran belian barang dan ruang yang akan digunakan. Lakaran juga membantu anda menjimatkan masa. Masa itu emas.
*** Untuk memaksimumkan penjimatan, gunakan barang sedia ada dirumah. Pastikan jika beli baru, barang masih akan digunakan walaupun majlis telah lama berakhir. Kalau simpan je di stor, kelak nanti mereput buat sarang anai-anai. Hahahaa baru padan muka.
Tahniah kepada team Vv -The Art Thinker untuk pelamin DIY yang mengggunakan tisu sangat jimat dan sedap mata memandang. Bajet yang diperlukan sekitar RM200 termasuk sewa kerusi. Dah siap majlis, guna semula langsir buat alas meja, sarung bantal dan lain-lain. Bunga hiasan boleh guna semula untuk dekorasi ruangan dalam rumah. Tisu tadi pula kumpulkan letak dalam kotak, boleh guna semula lepas orang sudah makan. Pakai sampai habis. Hehehee. Ok zya pun dah ada pelamin idaman sendiri tau meh tengok bawah nie cantik ker idokkk.hihihi...SUMBER
SEKIAN!!!!!!
15 Comments
Sangat kreatif^^
ReplyDelete@Anis Khalilah betul 2 dorang nie sgt kreatif. pelamin yg simple tapi nmpk cntik dan kos pun murah.
ReplyDeletepun boleh jadi.. tahniah la dorang ni..
ReplyDeleteitulah kan kreatif dorg nie
DeleteSekarang nie buat sendiri saja.. asalkan kreatif.. yang penting tidak terlalu keterlaluan, biar simple tp cantik..
ReplyDeletehaah betul nanti duit utk lepas kawen nak guna byk jadi xperlu membazir sgt
Deletewahh..cantik...walaupun simple
ReplyDeletebetul tu :)
DeleteCantik n affordable sangat!
ReplyDeletebetul tu aqilah :)
Deletecantik... lebih berbaloi rasanya...
ReplyDeleteyg plan nak kawen tahun ni boleh take note!
maklumlah sekarang ni semua barang harga mahal
hahaha btl tu munirah siapa nk kwen thun nie blh guna cara nie.
DeleteSetuju penjimatan dalam bab bersanding. Ala kadar pon dah cukup yang penting bahagia dunia dan akhirat
ReplyDeletebetul tu arz kita xperlu nak membazir sgt.
DeleteMacam mana saya nak dapatkan number fon untuk pelamin bajet bajet ini ?
ReplyDeleteHye uollss Sila tinggalkan komen anda satu pun jadilah hehehehe