APA ITU KEUSAHAWANAN KEJURUTERAAN (ENGINEERING ENTREPRENEURSHIP)

by - 02:02




Hai hari nie zya nak ceritakan apa itu keusahawanan kejuruteraan sebab dah ramai sangat tanya bidang apa tu kau belajar, tak pernah dengar pun. Ha meyh sini zya nak bagi korang dengar, tahu dan memahami apa itu keusahawanan kejuruteraan. 

Tapi sebelum tu zya nak khabarkan pada korang yang Permohonan UPU juga telah dibuka hari ini 18 Januari 2016 jam 12 tengahari tadi dan tamat pada 5 April 2016 jam 4 petang. So cepat pergi beli kod PIN dan boleh apply di SINI . Good Luck!!!!

Kembali kepada tujuan asal entry nie program keusahawanan kejuruteraan ini adalah satu-satunya kos yang terdapat di dalam Universiti Awam Malaysia yang diajar di UniMaP. Setakat yang zya tahu Universiti Awam lain belum wujud lagi kos macam nie. Keusahawanan kejuruteraan atau dalam bahasa english dipanggail Engineering Entrepreneurship ini mungkin agak asing dikalangan kita. 

Mungkin juga kursus seperti ini baru diperkenalkan untuk memenuhi keperluan perkembangan dunia perniagaan kini terutama berkenaan dengan usahawan teknologi ataupun inovasi. Setiap ciptaan ataupun produk teknologi yang semakin hari semakin bertambah memerlukan satu organisasi yang mengurus dalam memasarkan dan juga mencari potensi lain kepada barangan ataupun produk dicipta.

Program ini biasanya di peringkat ijazah dinamakan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Kepujian) Keusahawanan Kejuruteraan yang mempunyai matlamat melahirkan usahawan yang berkonsepkan kejuruteraan dan teknologi yang menyediakan ilmu khusus dalam bidang perniagaan dalam bidang kejuruteraan. Seterusnya, program ini berhasrat melahirkan siswazah yang mempunyai kefahaman dan kemahiran yang lebih seimbang tentang aspek keusahawanan dan teknikal melalui pembelajaran kursus-kursus asa kejuruteraan dan keusahawanan, berdikari, komited terhadap lapangan yang diceburi serta mempunyai daya saing yang tinggi untuk berhadapan dengan cabaran di era globalosasi masa kini.

PROGRAM KHUSUS :- 

  • Pelajar mempunyai peluang untuk terus terlibat dalam organisasi perniagaan melalui program-program Inkubator perniagaan program ini akan berjalan selama tiga bulan semasa cuti semester, dan pelajar akan ditempatkan dalam Inkubator yang terpilih di seluruh negara. Program ini menyediakan sebanyak 6 kredit 
  • Pelajar akan didedahkan kepada pengetahuan asas untuk membangunkan produk baru ke peringkat pengkomersialan produk. 
  • Pelajar berpeluang untuk membina rangkaian perniagaan keusahawanan pemimpin dan usahawan-usahawan yang terkenal melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan dari masa ke semasa. 
  • Pelajar dilatih untuk menjadi seorang usahawan siswazah yang akan bertindak sebagai pemangkin ekonomi negara melalui perniagaan dan aktiviti keusahawanan ke arah mencapai Malaysia status sebagai sebuah negara yang maju dengan 2020. 
Syarat kemasukan 
  • Calon Lepasan Diploma/Setaraf 
  • Calon Lepasan Matrikulasi 
  • Calon Lepasan STPM 
Selepas korang tamat belajar dalam bidang nie dan prospek kerjayanya yang korang boleh ceburi adalah termasuk bidang perniagaan dan keusahawanan teknologi dan memenuhi pekerjaan seperti Usahawan elektrik/elektronik, Pengurus Kewangan, Penasihat Kewangan, Pengurus Dana, Eksekitif Kewangan, Pegawai Pemasaran, Pegawai Perhubungan Awam, Pengurus Perkhidmatan, Penyelidik Pemasaran, Pengurus Acara. Kesemua contoh diberi adalah jawatan di syarikat dan organisasi yang melibatkan kerj-kerja atay produk teknologi.



Surat tawaran yg zya dapat dulu. 

Alhamdulillah pejam celik pejam celik tahun depan insya Allah tamat lah pengajian zya. Actually tiada yang senang tiada yang susah dalam menuntut ilmu nie.Cuma atas kemahuan sendiri mahu berusaha ataupun tidak. Bidang nie pun first time zya dengar dan takut juga nak masuk tapi alhamdulillah dah nak masuk semester 4 dan juga penghujung semester untuk tahun 2. Pada adik-adik yang lepasan STPM , Matrik dan Diploma tak tahu nak amik bidang apa boleh apply bidang nie.






SEKIAN!!!!!












You May Also Like

32 Comments